Cikgu Kimia jadi Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia - #MAGGIgorengMYstail



Dalam menghitung detik untuk menyambut Hari Malaysia dan sebagai sebahagian daripada kempen #MAGGIgorengMYstail, rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dan pelbagai lapisan masyarakat telah menghantar resipi Mi MAGGI® Goreng terbaik mereka. Ia membuktikan mi popular yang biasanya dihidangkan sebagai Mi Sup itu tetap enak apabila disediakan sebagai Mi Goreng.

Dengan lebih 760 penyertaan resipi yang diterima oleh MAGGI® hanya dalam masa 5 minggu, kebanyakannya unik mengikut selera negeri-negeri yang berbeza. Sepuluh peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara memasak yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur yang mana tiga hidangan Mi MAGGI® Goreng terbaik bakal dinobatkan sebagai pemenang.



Cabaran MAGGI® 2-Minute Noodles menyaksikan rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi Mi MAGGI® Goreng yang memikat selera, dan menambah baik resipi dengan ramuan segar untuk mencipta hidangan kegemaran keluarga masing-masing.

Dengan tiga langkah mudah: Rebus, Rencah, Goreng... kempen ini sedikit sebanyak telah menggalakkan pengguna untuk menyediakan lebih banyak hidangan yang kreatif di rumah masing-masing.


Acara masakan dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta Mi MAGGI®, Sheila Rusly dan Cef Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk.

Jelajah #MAGGIgorengmystail bertempat di pusat beli-belah MyTOWN bermula pada 6 hingga 8 September 2019 di mana pengguna boleh mencuba citarasa Mi MAGGI® Goreng Malaysia dari tujuh negeri termasuk Mi MAGGI® Goreng Kerabu Makanan Laut dari Kelantan, Mi MAGGI® Goreng Banjir Muar dari Johor dan Mi MAGGI® Goreng Ayam Tuhau dari Sabah, serta banyak lagi. Aktiviti menarik seperti pertandingan memasak dan persembahan turut diadakan untuk orang ramai.


Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI® dan pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi baucar beli-belah bernilai RM2000 dan RM1000 beserta hamper MAGGI®.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen terkini, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!