Sunday, September 29, 2019

Kudap-kudapan lebih banyak kalori? Ini cara untuk makan snek secara berhemah!



CADBURY? OREO? JACOBS? CHIPSMORE? TIGER BISCUIT?

Kalau korang orang Malaysia, mesti pernah dengar semua jenama makanan ini. Bohonglah kalau sekali pun tak pernah dengar jenama Cadbury atau Oreo. Sally yang membesar dengan jenama-jenama ini memang tak mampu nak tolak setiap kali dihulurkan untuk makan.

Baru-baru ini Sally sempat menghadiri satu sesi interaktif dan infomatif yang fokus pada kepentingan snek secara berhemah anjuran Mondel─ôz International (Malaysia). Objektif utama sesi ini adalah untuk mendidik para peserta untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.



Selalu kita rasa yang kudap-kudapan itu ringan dan jarang sangat kita kira kalori untuk snek sebab kita tak kira yang snek juga sebahagian daripada makanan, walaupun bukan tergolong dalam menu utama. Korang tau tak yang sebiji mufin coklat tu bersamaan 340 kalori? Dua biji mufin pun dah boleh capai separuh daripada jumlah kalori seharian kita tau! ­čś▒


Aktiviti mengira kalori
Sebelum sesi perkongsian daripada panel, kami diberikan beberapa kuiz dan aktiviti bagi mendekatkan kami dengan topik utama iaitu makan snek secara berhemah!

Majoriti warga Malaysia mengamalkan pemakanan snek beberapa kali dalam kehidupan harian mereka. Snek pada mereka membantu dengan memberi ledakan tenaga yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan seharian. Kebiasaannya, kebanyakan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Ianya dua kali ganda daripada kebiasaan yang hanya termasuk 2-3 pengambilan sahaja!

Snek seringkali menjadi pilihan yang ideal bagi kebanyakan pengguna on-the-go pada masa kini kerana ianya lebih mudah dan cepat berbanding makan menu utama seperti makan tengahri dan makan malam.


Pei Gee Chew (Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondel─ôz AMEA), Encik Nash Idrus (selebriti jemputan, seorang bapa), Dr. Satvinder Kaur (Penolong Profesor, Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan, Universiti UCSI) & pengacara majlis, Sheahnee Iman Lee.

Selepas beberapa aktiviti dijalankan, satu sesi perbincangan bersama panel telah diadakan. Sesi yang dikenali sebagai "SMRter Snacker" ini memberikan kami pendedahan bagaimana nak mengamalkan tabiat snek secara berhemah dengan memfokuskan terhadap rasa dengan menikmati setiap makanan yang dirasai.

Barisan panel penceramah juga berkongsi pendapat mengenai fokus strategik syarikat Mondelez iaitu "Snacking Made Right" dan bagaimana ia dapat dilaksanakan melalui kesedaran kita makan snek secara berhemah. "Snacking Made Right" menawarkan para pengguna dengan makanan ringan yang tepat, untuk masa yang tepat dengan cara yang betul.



Kita sebenarnya tidak perlu memilih antara makan snek dan makan secara sihat, tapi kita kena pastikan kita menikmati snek dengan cara yang betul iaitu melalui cara pengendalian terhadap pengambilan makanan, yang penting kena tau nutrisi yang terkandung dalam setiap snek yang kita makan.

8 comments:

  1. Nice info. Ain hri2 kunyah snek. Tak kisah la coklat ke gual2 ke. haah mulut jenis mmg nak menguyah je kerjaa

    ReplyDelete
  2. sebenarnya sneking ni tak perlu. susah nak tinggalkan perangai sneking ni, tapi alhamdulillah berjaya juga saya tinggalkan

    ReplyDelete
  3. I try not to snack but has a cheat day in a week

    ReplyDelete
  4. Sis mmg kalau tak ada snack mmg tak lengkap hari2 sis..hehehe. Kat umah ni sis le yg suka ngunyah mcm2..dlm almari sure je ada mcm2

    ReplyDelete
  5. I tak mkn selalu.. Sebb taknak ajar nak i makan snack mcm ni selalu.. Sekali seklaa bolehla.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Oo.. biskut oreo tu kategori snek jugak ke sally? kalau cadburry tu TB hantu... hhahaha

    ReplyDelete
  7. Betul, kena pandai pilih n kira kan.. Kalau tak.. Nayaaaa

    ReplyDelete
  8. Snack,wajib..tmbh2 baru balik dari Langkawi ni..meriah cekelat dlm peties..hehe...tau mkn snack,boleh tapi ada cara dia..cuma sis failed nk ikut..hehe...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!