TIKET KONSERT INSPIRASI AFGAN LIVE DI KUALA LUMPUR 2019 HAMPIR HABIS DIJUAL!



Kurang daripada sebulan lebih lagi, 75% tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur telah terjual. Walaupun sudah tiga tahun berturut beliau ke Malaysia untuk konsert, tapi penangan si lesung pipit ni mmg tak disangkal lagi.

Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza bakal kembali dengan konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 yang turut menampilkan Dato’ Shiela Majid pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, Afgan menjanjikan kelainan dari konsert yang pernah diadakan sebelum ini. Inspirasi berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni beliau selama ini. Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola Afgan; Dato’ Shiela Majid dan ia merupakan satu penghormatan dan impian beliau untuk mengadakan persembahan bersama khususnya buat peminat di Malaysia.


Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pasti memberi satu energi luar biasa dan kepuasan kepada peminat muzik tanah air. Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya tanpa henti dan ini memberi peluang buat beliau untuk menghasilkan karya lebih segar di masa hadapan.

Popcorn Studio Sdn Bhd sebagai penganjur juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buat peminat setia Afgan iaitu “Tag & Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag & Share” (2 tiket Silver). Selain Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox.


Peminat Afgan masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket konsert dengan melayari proticket.com.my/inspirasi2019. Tiket dijual pada harga RM299(Silver), RM399(Gold), RM599 (VIP) dan RM1200(Royal Box) dan pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert.

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal memberikan satu kepuasan dan kolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Dapatkan segera tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!

Post a Comment

0 Comments