Monday, August 5, 2019

Tauke Jambu buat hal, kali ni Mie Keren jadi taruhan!


Artis-artis kita ni mmg tak boleh tgk orang hidup senang, ada je benda yang nak jual...pulak dah la kalau jual tu kalau tak cantik, tak sedap tak sah! hahaha...iye, Sally memang mudah terpedaya ye...hahahaha

Minggu lepas lagi sekali Sally berkunjung ke FOODMONGER, yang terletak di Cyberjaya...hahahaha...bila datang mood nak makan, jauh pun ku gagahi jua ya. Sampai sana ingat nak beli menu biasa makan, sekali tengok ada vendor baru, yang lagi best tu sebab kepunyaan Tauke Jambu. Kebetulan dia ada, kita selongkar la sedikit sebanyak pasal Mie Keren.

Baca lanjut: Modern and Hipster Food Court...Tema Restoran Foodmonger di Cyberjaya.



Kalau ikut kepada temubual dengan Tauke, katanya beliau mendapat inspirasi daripada makanan di negara Indonesia, spesifiknya di Surabaya. Kalau kat sana, mi segera IndoMie dan Sedaap memang menjadi kegemaran, jadinya nak adakan kelainan sikit, mereka buat sambal yang empunya tahap kepedasan yang berbeza; bermula daripada tahap 1-18!

Tapi di Mie Keren, mereka cuma ada 3 tahap kepedasan, sebab rakyat Malaysia ni kan sejenis yang mudah keliru...hahahaha..tahap pedas mereka dinamakan GEGIRL, BERAPI dan BERAHI. Yang paling rendah tu surely la GEGIRL kan...heyyy...ingat perempuan tak makan pedas ke...hihihi





Untuk seleksi mi yang ada, terbahagi kepada 2....ada 4 jenis yang berkuah dan 4 jenis mi goreng. Korang boleh cuba SOTO KEREN, MEDAN, TEK KICAP, KEJU, BENCONG, MATAH, SAMBAL KEREN dan PEDAS CINTA.

Kalau korang tanya Sally, pilihan Sally mestilah Soto Keren dan Matah....hahahaha...Sally memang bias sikit, suka IndoMie lebih daripada Sedaap lagi...hahahaha...harga pun pada Sally agak affordable, bukan takat tu...korang boleh pilih nak add-on topping juga; ada chicken slice, minched beef, grated cheese dan lamb cube.



Kalau korang sukakan inovasi mi segera, korang wajib cuba Mie Keren tau....haihhh, tgh menaip ni pun masih teringat kepedasan sambal terasi dia...rasa macam nak kena repeat balik!

F O O D M O N G E R
C-01-03 & C-01-03A, Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Dibuka setiap hari dari jam 5pm - 2am
Instagram: @foodmonger_my | @miekeren_my

5 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!