Resort yang berkonsepkan buloh; Tadom Hill Resorts!




Walaupun dah mula dibuka pada tahun 2015, seriously ini kali pertama Sally singgah ke Tadom Hill Resorts ni tau...Mula terkenal sebab bertemakan buloh dan semestinya kerana ada banyak aktiviti yang boleh kita buat dekat sini. Mungkin ada yang curious kenapa dinamakan Tadom, Tadom tu diambil daripada Bukit Tadom yang berada dalam kawasan resort ini.

Disebabkan Sally nak cuba semua aktiviti yang ada kat sini, jadinya Sally ambil keputusan untuk stay untuk satu malam. Dekat Tadom korang boleh pilih beberapa jenis penginapan antaranya Hakka Village, Gendui Chalets, Astana Ninik Chalets, Bamboo Hut, Hammock Spheres, Bamboo Tents dan Eco Tents (berkhemah).

Disebabkan kami ada 6 orang perempuan, jadinya kami decide nak stay dekat Hakka Village, yang mempunyai 2 tingat dan setiap tingkat mempunyai 12 buah bilik. Setiap bilik ada yang sesuai untuk 4 orang dan ada yang sesuai untuk 6 orang. Tingkat satu semua bilik ada penghawa dingin dan semua bilik di tingkat atas hanya menggunakan kipas sahaja. Harga pun hanya bermula daripada RM320/4 pax, harga ni termasuk day pass untuk aktiviti air.







Disini, semuanya menggunakan buloh tauuu...daripada ruang penginapan, katil dan sebagainya....baki daripada buloh tadi bukan dibuang tapi dibakar untuk dijadikan arang, arang buloh ni bagus tau sebab selain daripada digunakan untuk membakar, BBQ ianya juga digunakan sebagai agen untuk menarik lembapan dan bau...Kalau korang datang sini korang akan nampak banyak arang yang sudah siap dibakar di letakkan di beberapa bahagian dalam kawan resort terutamanya di dalam tandas dan bilik.



Selain daripada aktiviti air, ada pelbagai jenis aktiviti lain yang boleh korang cuba...salah satunya Flying Fox...Walaupun tidak la terlalu tinggi tapi masih lagi thrill jugak...Harga pun agak murah berbaloi la RM30/ride, dan RM40 untuk unlimited rides dalam hari yang sama...Naik la sepuas hati...hahahaha...tapi harga untuk weekend sedikit berbeza tau daripada hari-hari biasa.







Selain daripada Flying Fox, ada juga aktiviti menaiki ATV, Paintball, dan Archery Combat tapi semuanya kena bayar asing tau tak termasuk dalam day pass category. Kalau tak nak main yang berbayar, korang boleh main bola tampar, badminton, ping pong dan lain-lain cumanya kalau korang nak guna barang kepunyaan Tadom, ada fee untuk deposit...Lepas korang pulangkan dalam keadaan yang baik, deposit akan dikembalikan.



W A T E R   S P O R T S

Tarikan terbaru yang ada di Tadom Hill Resorts, pelbagai jenis water sports telah ditambah. Teruja gila sebab dapat jadi antara orang pertama yang cuba semua...Incase kalau korang datang ke Tadom, jangan lupa cuba tau...Salah satunya Water Skipper, kebanyakkan yang cuba semua tenggelam...hahahaha...











Aktiviti yang paling semua tunggu; LAKE SWIMMING! Selain daripada free and easy lake swimming, korang juga boleh cuba Diving Platform, Tarzan Swing, dan Bamboo Rafts. Kawasan tasik ini agak luas tau, wajib pakai life jacket setiap masa tau...Malang tak berbau, tasik ni berkedalam 30 kaki, jadinya pastikan korang guna life jacket setiap masa, walaupun hanya berdiri di platform.

Selain daripada tu, Sally sarankan korang bawak mosquito repellent, gunakan pakaian yang sesuai, sentiasa pakai selipar atau kasut mengikut kepada kesesuaian aktiviti yang korang buat dan toileteries sendiri.

Kalau korang tanya, Sally surely akan datang lagi ke sini cuma kena hilangkan rasa fobia bila tengok air yang dalam...hahahaha...Tak kisahlah untuk aktiviti bersama kawan-kawan, keluarga atau team building, Tadom Hill Resorts mmg sesuai untuk semua peringkat umur.



T A D O M    H I L L    R E S O R T S

No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Phone:
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883
(Hotline Hours: 9.00am – 10.00pm)

E-mail:
info@tadomhillresorts.com reservation@tadomhillresorts.com

Day Pass Opening Hours:
Monday – Sunday (9.00am – 6.45pm)

Post a Comment

16 Comments

  1. bestnyaaa...teringin nk pegi juga bawa family besar akk ke sana

    ReplyDelete
  2. Zira dah lama teringin nak pergi tadom pemandangannya cantik

    ReplyDelete
  3. Nak kena cari geng ni buat aktiviti mcm ni.. Best oh tgk

    ReplyDelete
  4. bestnya tapi cuak jugak kalau naik sampan jernih tu.

    ReplyDelete
  5. Nice I have been to the resort twice. Love their family suite

    ReplyDelete
  6. Omg bestnyaaaa! Macam macam dah aktiviti ada eh sekarang ni. Okay nanti nak ajak kawan kawan pergi main air dekat sini lah heheh

    ReplyDelete
  7. Waaa.. Bestnya sally.. Lagi lagi dalam team. Memang best ni. Dah lama x join aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  8. Wow..cantinya bilik. Katil pun dari buluh. Mesti malam2 sejuk je.

    ReplyDelete
  9. Best nyer! this place got so many activities and their dorm is ala-ala kampung hakka in china.

    ReplyDelete
  10. Macam best ja nie Sally.. sesekali ada akitiviti macam nie memang seronok kan..

    ReplyDelete
  11. Gilwr best tempat dia.. Mesti sejuk tempat tinggal dia. Banyak aktiviti lagi.. Heyy.. Nak kene pergi ni

    ReplyDelete
  12. Giler best tengok aktiviti kat sini.. Banyak btul aktiviti outdoor ea... Penginapan pun guna buluh2 je

    ReplyDelete
  13. Tandom Hill cantik, akk pernah tido resort berbuloh kat Bali je

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat cuba macam-macam aktiviti. Kita kat sini mampu lalu je depan Tadom ni.

    ReplyDelete
  15. fuh.. menarik semua aktiviti dia.. resort pun macam best untuk dikunjungi.. selesa je..

    ReplyDelete
  16. bestnya dapat tidur kat rumah buloh niii. saya datang sini sekadar mandi jee haha.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!