Wednesday, July 3, 2019

Sihat dan langsing dengan KILAFIT.


Kurus dan langsing tidak menjamin kita tiada lemak yang tersembunyi...lagi-lagi dengan gaya hidup kita sekarang, yang kurus pun boleh kena kolesterol tinggi. Mungkin la lemak boleh disembunyikan dengan penggunaan korset, atau pakai baju yang gelap, atau ambil gambar dengan sudut yang sempurna tapi takkan menolak fakta yang ada lemak yang perlu disembunyikan...

Kalau korang nak tau, bila kita keluar dalam kaca TV, sebenarnya kita akan lebih nampak kembang...itu memang fakta, dan disebabkan itu juga, Kilafairy telah merangka produk kesihatan dan pelangsingan badan KILAFIT yang juga diformulakan oleh doktor bertauliah.



Walaupun ramai yang pertikaikan bila Kilafairy keluarkan produk pelangsingan walhal dia dah memang kurus kan, tapi kalau korang nak tau...artis yang sibuk macam Kilafairy kadang-kadang takde masa nak ke gim ataupun nak jogging sebab kekangan masa, dan atas sebab itu juga Kilafairy keluarkan produk macam ni...yang mengutamakan kandungan semulajadi.

Jangan terkejut kalau Sally cakap yang KILAFIT bukan sahaja menurunkan berat badan tapi bagus juga untuk kulit dan rambut. Ekstrak L-Karnitina dan Garcinia boleh membakar lemak, mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan kadar kolesterol, selain daripada memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa selepas bersenam.

KILAFIT juga mempunyai kolagen yang bertindak pada kulit, mengurangkan selulit selepas pengurangan berat badan. Selain daripada itu, ianya juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku dan memudahkan pergerakan sendi. Kurma (makanan Sunnah) juga ada bagi membekalkan serat (membantu penghadaman dan penghasilan sel darah merah), madu dan delima sebagai pembekal vitamin dan mineral penting.



KILAFIT didatangkan dalam dua perisa; CHOC BANANA dan CHOC ORANGE. Ianya didatangkan dalam bentuk serbuk, jadi mudah la nak minum...cuma campurkan satu sachet dengan air panas dan dah boleh nikmati, rasa macam minum Hot Chocolate je...minum masa sarapan pagi atau bila-bila mengikut kesenangan diri sendiri.

Satu pek mempunyai 14 sachet yang cukup untuk 2 minggu, didatangkan pada harga RM88 sahaja. Instead of minum kopi daripada luar, why not kita tukar kepada KILAFIT sebab selain daripada dapat melangsingkan badan, rasa sedap tu yang mahal!

KILAFIT akan membuatkan kita senang membuang air besar, selera makan akan jadi kurang dan yang penting sekali mestilah berat akan turun sedikit demi sedikit. Yang penting jangan tak konsisten dan jangan kurang minum air masak!

KILAFIT telah mendapat lesen daripada KKM dan dalam proses bagi mendapatkan status HALAL daripada JAKIM. Soon!!



"TOGETHER WE CAN"

1 comment:

  1. Baru lagi kan produk ni dilancarkan...
    patut la body dia cantik melentik...:)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!