Saranghae-ny Stix; Manisan Terbaharu Daripada Domino's Pizza!



Kempen ‘So Spicy, So Drama’ | Yes, kalau #KakakKimchi pun teruja, peminat K-Drama lain pun mesti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix.

Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo kembali atas permintaan peminat makanan yang pedas. Sejajar dengan matlamat Domino's untuk terus menambat hati peminat Korea, mereka juga turut memperkenalkan menu terbaru Saranghae-ny Stix yang membawakan perasa yang popular di Korea iaitu Butter + Madu.


Minggu lepas, satu majlis khas yang dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s, influencer, blogger dan rakan media yang lain telah diadakan dan Domino's mengambil peluang untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram; ‘0.0MHz’.

Pada korang yang tak tau, piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas.


Saranghae-ny Stix dibakar segar setiap hari di semua cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan RM7.90. Ambil kesempatan untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag laman sosial Domino's Pizza di @dominosMY, #DominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama dan #ItsAllAboutYou


Untuk maklumat lanjut tentang Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan juga promosi lain yang sedang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia, sila kunjungi http://www.dominos.com.my

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!