[PROMO] 999 STIK PERCUMA DI WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE DAMANSARA ALIFF, JB!



WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE | Siapa yang tak pernah dengar Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)...Walaupun outlet yang berada di Bangi telah ditutup, jangan risau sebab outlet terbaru mereka telah dibuka di Damansara Aliff, Johor Bahru.

Wadihana Islamic Steakhouse diinspirasikan daripada anak kepada pemilik WISH yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.


Berita baik untuk semua warga Johor Bahru dan sekitarnya, sebab WISH menawarkan 999 stik yang bernilai hampir RM50,000 secara percuma pada 6-7 Julai 2019. Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja.

Kata pemiliknya, June Talib...kempen ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH mereka kepada pelanggan yang setia menyokong mereka sejak dibuka Februari lalu. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!




Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.

Kalau korang nak tau, keistimewaan hidangan Wadihana, adalah daripada gravy atau kuah stik yang dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.

Mereka akan merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Bukan hanya kuah je sedap, pemilik WISH juga mementingkan kesucian makanan dan semestinya halal. Selain daripada stik, WISH juga membina tempat membakar piza (firewood pizza) bagi membakar piza mereka.


Walaupun lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru, WISH menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini, jadinya kalau korang bukan jenis yang suka menunggu dan tak nak hampa lepas datang daripada jauh, untuk memudahkan WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422
FB: https://www.facebook.com/WISHDamansaraAliffJB/
IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/

Post a Comment

0 Comments