LuLu Hypermarket cawangan kedua dibuka di 1 Shamelin Mall, Cheras!!



LuLu Hypermarket, 1 Shamelin | Selepas kejayaan besar cawangan LuLu Hypermarket di Kuala Lumpur, pembekal yang popular daripada Timur Tengah itu telah membuka cawangan mereka yang kedua di 1 Shamelin Mall. Cawangan ini merupakan cawangan yang kedua di Malaysia dan cawangan yang ke 174 di seluruh dunia.



Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Cawangan kedua ini berkeluasan sebesar 80,000 kaki persegi dan direka dengan rekabentuk moden dan mudah diakses oleh semua golongan.





LuLu Hypermarket ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian alat elektrik, barang tenusu, barangan basah, sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Apa yang menarik ialah sepanjang 1-4 Julai, mereka telah mengadakan jualan harga runtuh, dan kebanyakkannya sangat tak masuk akal. Bayangkan harga sekilo ayam cuma RM3???





Selain daripada dua cawangan ini, menjelang 2020, LuLu Hypermarket juga menyasarkan untuk membuka lagi 4 buah cawangan di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang (Melaka) & Johor Bahru.

Selain daripada membekalkan hasil daripada pembekal, LuLu juga turut menawarkan ruang untuk usahawan-usahawan SME dengan menawarkan tempat untuk mempamerkan produk mereka disamping mempromosikan produk mereka ke pasaran yang lebih luas lagi. LuLu juga berharap mereka dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan pembukaan cawangan-cawangan lain kelak. Buat masa ini, LuLu mempunyai 300 orang pekerja di dua cawangan; Kuala Lumpur dan Cheras.










Antara pelanggan yang berjaya membeli dengan harga runtuh, TV 40" dengan harga RM699 (N/P RM1299
Jangan lupa serang LuLu tau kalau korang berada berdekatan dengan 1 Shamelin Mall, Cheras.

Post a Comment

0 Comments