Sunday, July 28, 2019

KECEWA! Fan-meeting Kim Jae Hwan dibatalkan disaat akhir!



Bila dapat tahu yang Kim Jae Hwan nak datang Malaysia, Jun lepas...memang excited. Sejak kumpulan Wanna One dibubarkan, Jaehwan mula fokus pada debut solonya. Walaupun Sally bukan peminat tegar Wanna One ataupun Kim Jae Hwan sendiri tapi bila dapat tau dia nak datang, excited tu sendiri datang.

KECEWA! KECEWA! KECEWA!

Satu je perkataan yang boleh Sally ungkapkan bila fan-meeting yang sepatutnya diadakan pasa Sabtu, 27 Julai dibatalkan. Lebih memilukan sebab acara yang sepatutnya bermula pada pukul 6pm hanya dibatalkan pada jam 6.30pm, 30 minit selepas waktu yang dijanjikan! Lebih meralatkan Sally sebab dikatakan Kim Jae Hwan dah berada di stadium dan juga telah membuat sesi rehearsal pada jam 3 petang.

Sally difahamkan permit untuk mengadakan acara ini tidak diluluskan dan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak penganjur, UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro sebagai rakan acara sokongan. Walaupun begitu, Sally masih lagi agak terkilan dan sedikit ralat sebab acara dibatalkan lewat tanpa notis awal walaupun difahamkan sejak Jumaat, 26 Julai mereka dah terima berita yang permit mereka tidak diluluskan.



Walau bagaimana pun, pihak penganjur berjanji untuk membayar ganti rugi harga tiket sepenuhnya, kepada WIN:D, Sally harap korang tidak terlalu kecewa dan teruslah menyokong Kim Jae Hwan ok?

Dan kepada pihak penganjur, Sally harap ini merupakan kesalahan terakhir dan semoga ianya tidak akan berulang lagi pada masa hadapan, Sally agak kecewa kerana reputasi penganjur yang selama ini baik telah dicacatkan dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Sally juga faham di atas penganjur masih lagi ada bidang kuasa yang lebih tinggi yang memberikan kebenaran.

2 comments:

  1. Terkejut bila tahu yang fanmeeting dia dibatalkan. Sebab last minute gila-gila!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!