Sunday, June 16, 2019

Terima kasih untuk memori selama 26 tahun, Boyzone.



Jumaat lepas merupakan malam yang paling bermakna dan juga merupakan malam terakhir peminat Boyzone boleh melihat mereka beraksi di atas pentas kerana konsert Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia telah menjadi titik akhir kepada karier mereka kerana semuanya akan bersara selepas jelajah dunia yang sedang dijalankan.

Tidak seperti di lokasi lain, konsert di Malaysia membawakan Brian McFadden sebagai artis jemputan. Bekas ahli kumpulan Westlife dan penulis lagu; Brian telah meninggalkan kumpulan Westlife pada tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son”.

Malam itu Brian menghiburkan semua peminat dengan lagu-lagu popular Westlife, mmg meremang bulu roma sebab semua lagu yang dibawakan tu merupakan lagu kegemaran dan Sally yakin mostly pernah dengar. Antara lagu yang Brian bawakan pada malam itu termasuklah When you’re looking like that, Oh Mandy, Swear it Again, World of our own, Queen of my heart, My Love dan Uptown Girl. Paling best sekali masa dua lagu yang terakhir Brian turun daripada pentas dan menyanyi di tengah-tengah semua peminatnya. Rasa nak pengsan sebab dapat tengok Brian depan-depan...hehehe


Selepas tamat persembahan Brian McFadden barulah Boyzone keluar. Masa awal-awal sampai tu rasa macam tak puas hati juga sebab tak dapat tengok mereka dengan lebih dekat, tapi terima jela kan...Secara keseluruhan mereka membawakan 22 buah lagu yang telah diterbitkan sepanjang tempoh 26 tahun mereka sebagai penyanyi.

1. WHO WE ARE
2. LOVE IS A HURRICANE
3. ISN’T IT A WONDER
4. COMING HOME NOW
5. BABY CAN I HOLD YOU
6. YOU NEEDED ME
7. ALL THAT I NEED
8. I LOVE THE WAY YOU LOVE ME
9. FATHER & SON
10. DREAM
11. EVERYDAY I LOVE YOU
12. KEY TO MY LIFE
13. WORDS
14. TALK ABOUT LOVE
15. LOVE YOU ANYWAY
16. NOTHING AT ALL
17. LOVE ME FOR A REASON
18. NO MATTER WHAT
19. GOING GETS TOUGH
20. DIFFERENT BEAT
21. ROLLERCOASTER
22. PICTURE OF YOU



Yang paling tak boleh lupa sebab semua ahli nak cuba turun ke tengah tapi sebab agak susah dengan semua palang yang ada, jadinya mereka mengajak semua untuk ke tengah pentas. Best gila la moment tu...Usually kalau Sally pergi konsert, Sally masih lagi prefer untuk standing zone berbanding duduk, sebab rasa kekok tengok konsert sambil duduk...

Beberapa orang peminat juga bertuah sebab dapat bergambar dengan semua ahli kumpulan dan ada yang berjaya untuk dapatkan gambar swafoto sendiri tau. Kiranya walaupun momen akhir tetap ada kenangan manis untuk masa depan la kan?

Walaupun usia mereka semua telah melebihi 40 tahun, tapi energi yang ditunjukkan tak selari tau. Kalau korang nak tau, Boyzone yang mula terkenal pada tahun 1995 dengan lagu Love Me for a Reason ini terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, Mikey Graham, 45 dan Steven Gately; ahli kelima mereka yang telah meninggal dunia.

Boyzone memang selari dengan suara Steven, nampak la yang mereka masih lagi rindukan dia. Paling tersentuh masa dorang menyanyikan lagu Dream; single promosi untuk album terakhir mereka yang telah dilancarkan pada tahun 2018. Ada sebuah video tribute kepada Steven Gately yang memaparkan kenangan semasa beliau masih hidup.

Single Dream ini telah direkod semula dengan penambahan vokal mereka kepada versi Steven yang sebelum ini telah merekod versi solo lagu ini sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Boyzone telah memutuskan untuk merekod semula lagu ini, supaya dapat memasukkan suara mendiang ahli kumpulan mereka dalam album studio terakhir mereka ini.



Lepas ini tiada lagi la Boyzone, namun semua lagu-lagu mereka akan kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan kita kelak. Terima kasih kepada WOWSTAR Creative Entertainment selaku penganjur, yang turut dibantu oleh J StarLux Entertainment Group dan Aco Media kerana membawakan Boyzone ke Malaysia untuk kali terakhir!

ISN’T IT A WONDER that NO MATTER WHAT, always, forever, EVERYDAY I LOVE YOU~

3 comments:

  1. wah..wah..bestnya...
    akk layan apa org share je...

    ReplyDelete
  2. Bestnya sally dapat tengok konsert. Nak join jugak aritu, tapi memikirkan takde orang nak jaga budak kecik ni, tengok je la korang share huhu

    ReplyDelete
  3. Eeeeee, seronoknya dapat pergi konsert memanjang :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!