Saturday, June 1, 2019

"Roam Like Home", kekal berhubung menggunakan data sedia ada di luar negara!


Bayar minimum RM70 sebulan, tapi bila nak ke luar negara kena sewa portable WiFi ataupun beli simkad tempatan...Kalau nak guna khidmat roaming, takut sampai bil nanti ada yang terkejut!

Tapi jangan risau sebab dengan Yoodo, semuanya selesai. Kalau korang yang kurang pasti tentang Yoodo; Yoodo merupakan salah satu perkhidmatan digital mudah alih yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad; yang pertama di Malaysia yang kita boleh bebas memilih apa yang kita perlukan, contohnya berapa banyak data, berapa lama masa berbual dan juga berapa banyak SMS yang bakal kita hantar. Iye la, setiap orang bukan sama cara penggunaan kan?

Kalau sekarang, plan pascabayar kita selalunya datang dengan unlimited data tapi sebenarnya betul ke kita benar-benar perlukan unlimited data, walhal kadang tu dekat rumah siap ada WiFi lagi, dekat pejabat pun guna WiFi pejabat...jadinya kenapa nak membazir kalau kita boleh bayar apa yang kita perlukan sahaja kan?


Berbalik kepada "Roam Like Home", kekal berhubung menggunakan data sedia ada di luar negara...Yodoo melangkah selangkah lebih kehadapan dengan menawarkan kita dengan kebebasan menggunakan data sedia ada kita ketika diluar negara, dengan hanya minimum RM10 ke RM20 sahaja untuk tempoh 24 jam!

Apa yang lebih memeranjatkan Sally sebab Yodoo boleh digunakan di 53 buah negara di seluruh dunia. Bukan biasa-biasa tau...Lagipun dengan Yodoo "Roam Like Home", Sally yakin korang takkan takut nak roaming sebabnya pakej ini perlu dibeli terlebih dahulu sebelum digunakan, bukannya di cas kepada akaun setiap hujung bulan. Jadinya kita boleh berjimat dan guna atau aktifkan apabila kita nak guna sahaja.

Kalau pelan pascabayar yang lain, minimum roaming rate lebih kurang RM30-38 untuk penggunaan sehari, lepas tu kalau kata tamat pada pukul 12am, bukannya ikut masa negara yang kita lawati, tapi ikut masa Malaysia, entah-entah tak sampai 24 jam penggunaan pun, tapi dengan Yodoo, 24 jam mengikut masa kita aktifkan sehingga la genap 24 jam.


Ada berita baik lagi, korang juga berpeluang menang Samsonite ARQ luggage yang bernilai RM 1,129 kalau korang sertai peraduan "I Love Roam Like Home". Senang sahaja, korang hanya perlu belanjakan minimum RM30 untuk pelan "Roam Like Home" bermula 25 Mei - 31 Julai 2019 dan secara otomatiknya korang akan jadi antara 10 orang yang bertuah untuk menang.

Mana nak dapatkan simkad Yodoo, atau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Yodoo atau nak tau sebarang promosi, korang boleh layari laman Facebook Yoodo atau laman web rasmi Yoodo.

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!