Wednesday, June 26, 2019

MAGICA EVENTS & FUNCTIONS HALL; BUKAN SEKADAR DEWAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN IMPIAN!



MAGICA Events and Function Halls merupakan dewan acara terbaharu dan terbesar, di tengah kawasan strategik kejiranan Subang. Selain daripada mempunyai 3 dewan yang telah dihias cantik, sesuai untuk majlis perkahwinan...ianya juga sesuai untuk majlis korporat atau lain-lain.

Terletak di tingkat atas Star Avenue Lifestyle Mall, MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap. Selain daripada menyediakan ruang dewan yang serba lengkap, mereka juga turut mempunyai 20 rakan vendor dalam industri termasuk katerer terkenal, perunding perkahwinan, pakar dekorasi, tempahan kad kahwin, tempahan door gift/goodies dan lain-lain lagi.

MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.





Magical Hall

Dewan utama seluas 12,000 kaki persegi ini menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Berada di tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Dekorasi ini juga telah dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik. Mampu memuatkan sehingga 3000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Classic Hall

Classic Hall dengan keluasan yang sama dengan Magical Hall mempunyai pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik.



Garden Hall

Sementara itu, Garden Hall yang terletak berhampiran pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatar belakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun.

VIP Suite Rooms

Untuk yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, majlis korporat, MAGICA juga mempunyai bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu. Terdapat 2 suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.



Fokus utama MAGICA adalah kepada majlis perkahwinan, dengan itu Magica Events & Function Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, dan lain-lain lagi.

Dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, pasangan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna, bahkan dapat menjimatkan lebih 50-60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan.


Pertunjukan fesyen koleksi gaun pengantin oleh Putree Bridal dan KYBC.

Untuk maklumat lanjut sila layari social media Magica Halls:
Facebook: MagicaatSubang
Instagram: Magicaatsubang
(#magicaatsubang)

4 comments:

  1. Nanti bila anak nak kahwin, abam kie nak buat majlis kat situ la.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!