FitHub by Women In Motion - Dance & Fitness Studio Khas Untuk Wanita!



FitHub by Women In Motion - Sri Hartamas (ALL-FEMALE GYM IN KUALA LUMPUR) | Pernah tak korang rasa segan bila pergi gim, bila bercampur lelaki dan perempuan..kalau nak guna equipment ke nak berlari ke rasa macam segan/malu...Sally selalu rasa macam tu, sebab tu jarang pergi gim...ini bukan alasan tau memang rasa macam tak selesa.

Bukan tak pernah cari gim yang berkonsepkan muslimah, tapi biasanya agak jauh daripada kawasan Sally, jadinya kalau nak pergi dengan kerap agak bermasalah jugak laa...Again, ini bukan alasan...hahahaha

FitHub by Women In Motion; kalau yang dah biasa bersenam atau mengikuti gaya hidup sihat, Sally yakin korang mesti pernah dengar. Mereka ini bermula di Teluk Intan dan Kuala Kangsar, tapi sebab ada permintaan yang tinggi di Kuala Lumpur, akhirnya mereka membuka satu cawangan di Sri Hartamas, the first ever all-female fitness centre in Sri Hartamas!



Di sini mereka menyediakan semuanya, termasuklah all-female fitness class yang boleh korang join contohnya Zumba, Yoga, WIMFitDance, MTVision, Rowing, CrossFit, HIIT dan Tabata, yang lebih baik lagi kalau korang nak khidmat personal trainer pun mereka boleh sediakan.



Jangan takut sebab semua jurulatih (personal trainer) merupakan orang yang berpengalaman dan berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang Sains Sukan dan Pengurusan Sukan. Bukan jenis yang merapu punya tau, yang ini memang ada pengetahuan yang luas dalam bidang sukan.

Selain daripada mengajar dan memberikan latihan mengikut ketahanan badan, mereka juga akan memberikan nasihat daripada segi pemakanan dan pengambilan makanan tambahan (supplement). Pendek kata, ini cara paling bijak untuk menguruskan badan dan kekal sihat dan cergas.





Gim ini dibahagikan kepada dua tingkat, tingkat pertama dengan kemudahan peralatan sukan tanpa mesin dan di bahagian atas mempunyai studio untuk kelas menari dan kemudahan mesin yang lain seperti threadmill dan lain-lainnya. Walaupun kita boleh nampak keadaan diluar, jangan risau sebab kaca hitam di tingkap tidak dapat melihat kita daripada luar, jadinya memang rasa selesa.

Dekat sini juga ada loker, tandas, surau yang boleh digunakan...takde la segan nak keluar dengan pakaian sukan sebab sebelum balik boleh tukar dulu...hehehe







Kalau korang berminat, Sally cadangkan korang mendaftar dengan FitHub by Women In Motion dalam tempoh promosi ni, harga promosi baru RM90 (harga biasa RM120). Pendaftaran ini untuk seumur hidup dan korang akan dapat GYM KITS dan SATU KALI KELAS secara percuma.

Macam mana nak tau tarikh untuk kelas?

Macam biasa mereka akan update di akaun sosial media mereka tapi semua ahli kena download aplikasi FitHub Malaysia, sebab semua aktiviti, tarikh dan masa untuk kelas sehingga la pendaftaran untuk kelas dan bayaran di buat menggunakan aplikasi...kat sini tak boleh redah je tau, semua kena daftar di aplikasi dan kalau dan buat tempahan baru boleh guna atau join kelas.



Bagi yang berminat boleh hubungi FitHub by Women In Motion :

D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No.60
Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur
Tel : +603 62111128
Tel : +603 62111127

Facebook: FitHub - Women In Motion Sri Hartamas
Instagram: fithubbywim

Post a Comment

3 Comments

  1. Wahh dah ada fitness studio yang women friendly, tak ada alasan lagi dah tak nak exercise lepas ni.

    ReplyDelete
  2. wow! women friendly lah, boleh masuk listing nak terjah ni

    jemput singgah : www.cikza.com

    ReplyDelete
  3. Kalau dekat dengan rumah, memang teringin nak sign up sebab senang. Semua perempuan. Tapi, apakah daya. Saya orang kampung je. Jauh sangat dari gym nya TT

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!