Thursday, June 20, 2019

BURGERLARI; Burger Citarasa Sejati Makanan Malaysia...Premium dan Halal!




Pernah tak korang terasa nak makan Nasi Lemak, Nasi Ayam tapi on-the-go je? Macam mana kalau Nasi Lemak, Nasi Ayam ada dalam bentuk burger?

Burgerlari yang mula beroperasi semenjak 20 Februari 2019 menyediakan burger citarasa Malaysia, yang lazat, tanpa perasa tiruan mahupun bahan lain dalam kepingan ayam. Semua roti burger yang digunakan adalah roti arang yang terkenal dengan ciri utamanya, yang bewarna hitam. Bukan sahaja roti ini lembut tapi ianya mampu kekal segar lebih lama.



Nama Burgerlari diilhamkan daripada idea anak-anak Justine (pengarah syarikat), apabila mereka membeli burger dan kemudian lari, konsepnya macam makanan segera yang kita boleh dapat dengan pantas dan masih berkhasiat kerana menggunakan bahan-bahan premium bagi menghasilkan sebiji burger.



Di Burgerlari korang boleh cuba 6 jenis burger seperti Burger Hainanese Chicken Chop, Burger Nasi Ayam, Burger Satay Ayam, Burger Rendang Ayam, Burger Ayam Mentega dan Burger Nasi Lemak.

Kalau tanya Sally, yang paling Sally suka ialah Burger Rendang Ayam dan juga Burger Satay Ayam, bukan sahaja sos yang digunakan menggunakan kuah asli tapi kepingan patti juga diperap dengan rempah asli masakan tersebut, pendek kata korang takkan rasa la kelainan kalau makan burger atau resipi itu sendiri.



Sekiranya korang beli untuk bungkus, jangan risau sebab sos nya ada dibungkus asing...balik rumah korang boleh panaskan sahaja sebab dah memang untuk sedia dimakan. Sally pun siap tapau untuk ibu dan abang sebab nak juga dorang rasa dan nak dengar komen dorang...hahaha



Burgerlari juga telah diiktiraf halal oleh Majlis Halal Malaysia, JAKIM dan sijil mereka telah diserahkan oleh Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM). Kata Justine, “Kami faham kepentingan makanan Halal bagi umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itu kami berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi piawaian ketat JAKIM”.

Burgerlari dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari di Cheras Leisure Mall. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi 03-9134 9368 atau email kan ke

Facebook: @burgerlari
Instagram: @burgerlari
Hashtag: #burgerlari

3 comments:

  1. Aii sedapnya burger tu semua. Pelbagai konsep, dan semuanya makanan yang popular di Malaysia. Hmm macam teringin nak try burger nasi ayam tu

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan burger wei..asyik laa menu rayaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Wahh lain daripada yang lain betul jenis burger dekat sini. Boleh lah try nanti.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!