Wednesday, June 26, 2019

KONSERT MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR MERIAH!



Heyyo korang! #KakakKimchi korang kembali dengan konsert KPOP, siapa kata raya tak boleh pergi konsert...hahahaha...sanggup bergegas lepas pergi makan kat open house, berdesup pergi ke stadium...

Monsta X, siapa yang tak kenal...terdiri daripada tujuh orang ahli iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney dan I.M telah ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015, dan telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single.

Sally bukan peminat tegar kumpulan Monsta X, tapi sebab kumpulan mereka ni terkenal dengan lagu yang fast beat dan yang penting mmg pandai gila menari, daripada tak minat pun boleh mengaku jadi MONBEBE (nama rasmi bagi kelab peminat Monsta X).


Walaupun pada hari kejadian, Wonho tidak dapat bersama dengan ahli kumpulan Monsta X yang lain kerana passport beliau hilang dan dihalang masuk ke Malaysia, tapi persembahan mereka tak ada cacat cela langsung, buktinya hampir 5,000 MONBEBE berada di stadium malam tu.

Konsert kali ini merupakan kali kedua mereka membuat persembahan di Malaysia, kali pertama semasa persembahan mereka di Festival Muzik K-WAVE 3 pada Ogos 2018!

Pembukaan konsert, mereka membawakan lagu "Shoot Out" antara lagu yang menjadi titik kepada naiknya nama mereka dalam dunia KPOP baik di Korea Selatan mahupun global. Antara lagu lain termasuklah Dramarama, Special, Oh My!, Hero, Trespass dan beberapa buah lagu yang lain, secara keseluruhannya 23 lagu dipersembahkan.


Honestly, agak bangga jugak sebab mereka ni ada effort nak berinteraksi dalam bahasa Inggeris walaupun kadang terbelit lidah, means dorang nak dekat dengan semua peminat mereka la...MONSTA X telah melancarkan EP pertama mereka yang berjudul ‘Trespass’ pada Mei 2015 dan berjaya menduduki tangga kelima dalam Carta Gaon Korea. Sejak itu, MONSTA X telah menembusi carta antarabangsa apabila album studio Korea kedua mereka yang berjudul ‘Take.1 Are You There?' pula menduduki tangga ketujuh dalam Carta Album Dunia Billboard.

Baru-baru ini, MONSTA X bekerjasama dengan produser muzik, Steve Aoki bagi lagu berjudul ‘PLAY IT COOL’ dari album studio Korea ketiga mereka, ‘Take. 2 We Are Here’ yang turut dibantu oleh pemuzik elektro. Makin lama makin hebat kan? Lepas ni jangan terkejut kalau #KakakKimchi korang jadi MONBEBE jugak...hahahaha

2 comments:

  1. Attendees dia 5k je? Buat dekat stadium mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam biasa...kat Malawati Indoor...hahahaha...sbb dua konsert back to back ni rasanya...pastu TWICE, NUEST, GFRIEND dtg every week :)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!