Saturday, June 15, 2019

2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR



Hey WIN:D! Korang excited tak Kim Jae Hwan bakal berkunjung ke Malaysia pada 27 Julai 2019??

Sejak kumpulan Wanna One dibubarkan, Jaehwan mula fokus pada debut solonya dan menulis lirik lagu sendiri dan kali ini, buat pertama kalinya, beliau bakal berkunjung ke Malaysia sebagai artis solo sempena 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR.

Pengenalan Kim Jae Hwan
Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan, kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment. Walaupun usianya masih muda, beliau mempunyai ramai peminat di seluruh dunia yang dikenali sebagai WIN:D.

Populariti Kim Jae Hwan mula meningkat naik apabila beliau meraih tempat keempat menerusi rancangan realiti survival akhir, ‘Produce 101 Season 2’ di Mnet. Sewaktu pembabitan Jaehwan dalam rancangan tersebut, beliau telah bersama kumpulan Wanna One sehinggalah ia dibubarkan pada 27 Januari 2019.

Album solo sulung Jaehwan, ‘Another’ telah dilancarkan pada 20 Mei 2019 dan menerima sambutan luar biasa daripada peminat kesayangannya.

2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR
📅 27 Julai 2019
⏰ 6pm
📍 Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam


Tiket konsert dijual pada harga RM282 (Zon Ungu), RM382 (Zon Kuning), RM482 (Zon Merah), RM582 (Zon A) dan RM692 (Zon VIP).

Tiket boleh dibeli secara online bermula 12 Jun 2019 jam 12pm di laman web rasmi www.macpieticketing.com

Sesi bertemu peminat Kim Jae Hwan dan peminatnya di Malaysia ini dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro sebagai rakan acara sokongan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro.

UnUsUaL Entertainment
Laman web : www.unusual.com.sg/
Facebook: www.facebook.com/UnusualEntertainment/
Instagram: www.instagram.com/unusual_ent/
Twitter: twitter.com/UNUSUAL_ENT

MacpiePro
Laman web : www.macpiepro.com
Facebook : www.facebook.com/MacpiePro
Instagram : www.instagram.com/macpiepro

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!