Wednesday, May 22, 2019

Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019




Bayangkan kita boleh lihat haiwan yang hidup pada zaman purba, jutaan tahun dahulu, Dinosaur sebab semua Dinosaur ini akan berkeliaran di bumi kerana siri televisyen popular BBC, ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ akan dipersembahkan secara langsung di Malaysia tidak lama lagi.



Telah ditonton lebih 9 juta orang daripada 250 bandar di seluruh dunia, pertunjukan ini bakal menarik perhatian semua lapisan umur yang pasti teruja menyaksikan 18 spesis dinosaur menakluki pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.

‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula dari 23 hingga 25 Ogos 2019.



‘Walking With Dinosaurs’ memulakan jelajah dunia di United Kingdom pada Julai 2018 dan telah menjelajahi seluruh Eropah sebelum menuju ke Asia dan memilih Malaysia untuk lokasi jelajah yang seterusnya.

Produksi bernilai 20 juta dolar ini menampilkan teknologi terkini dan sekaligus menjadikannya sebagai pertunjukan dinosaur terbaik dan terbesar di dunia. ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ pada asalnya dihasilkan oleh Gerry Ryan, Malcolm Cooke dan Jill Bryant di Australia sebelum dibawa ke dunia realiti oleh Global Creatures.

Menariknya, produksi ini akan mempamerkan perubahan yang hebat terhadap dinosaur dari segi warna kulitnya dan juga terdapat beberapa spesis berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik yang terkini.







Pertunjukan selama 1 jam 40 minit ini bakal menggambarkan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti. Pengunjung berpeluang menyaksikan babak interaksi antara dinosaur, bagaimana dinosaur karnivor berjalan menggunakan dua kaki dan bagaimana herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.

Sembilan daripada 18 spesis dinosaur terbabit mewakili spesis dinosaur dominan sejak 200 juta tahun dahulu. Antara spesis yang akan ada ialah spesis Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus.

Dinosaur yang terbesar adalah Brachiosaurus yang berketinggian 11 meter dan 17 meter dari hidung hingga ekor. Pembuatan dinosaur bersaiz sebenar ini mengambil masa setahun dan memerlukan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis, pelukis dan pakar animatronik.







Luangkan masa dengan keluarga untuk menyaksikan Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019 yang bakal menjanjikan pengalaman yang takkan pernah kita dapat dalam dunia realiti. Layari laman web myticket.asia untuk pembelian tiket.

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!