Wednesday, May 8, 2019

Masak-Masak 'Raya Rasa Sayang' dengan California Raisins.



Kecil-kecil cili padi...tapi jangan salah tau, Sally bukan nak cerita pasal cili padi tapi pasal sikecil molek manis; kismis. Kismis merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Masa kecil dulu sampai mak-mak kita kata kalau nak bijak makanlah kismis selalu...hihihi

Tapi harini Sally nak kongsikan kismis yang diperoleh jauh daripada California. Kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari California ini mempunyai rasa manis semula jadi dan mengandungi banyak khasiat kebaikan. Sesungguhnya buah kering yang kecil ini kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.



Walaupun di Malaysia ada pelbagai jenis jenama kismis, tapi mereka semua datang daripada kawasan yang sama...dikeringkan dan dieksport daripada tempat yang sama. Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) juga berkongsi tentang keistimewaan Kismis California.

Antara kelebihan Kismis California:
↪ Manis secara semulajadi
↪ Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular, dan sistem saraf)
↪ Sumber serat dan nutrien
↪ Tidak mengandungi lemak dan rendah natrium (garam)



Sempena Ramadan dan juga Aidilfitri yang bakal menjelma, acara bertema "Raya Rasa Sayang" telah dijalankan bagi menonjolkan dan memperlihatkan pelbagai jenis menu bagi membangkitkan rasa manis kemesraan menerusi makanan.

la juga menunjukkan bahawa Kismis California bukan sahaja berkhasiat tetapi juga cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang boleh dihidangkan untuk menambat selera sanak saudara dan rakan taulan. Ianya sangat kaya dengan nutrien dan manis secara semula jadi dan boleh menggantikan pengambilan gula dalam makanan seharian.



Acara kemuncak ialah menyertai cabaran memasak dalam masa satu jam menggunakan bahan utama, kismis daripada California.Tapi jangan ingat senang tau sebab setiap satu pasukan kena menggunakan tema yang berbeza yang mencerminkan semangat Kasih Sayang, Kemaafan, Penghormatan, Penghargaan, Saling Menghormati, Keredaan, Kesyukuran, Kerahmatan, Keakraban, Kebaikan dan Saling Menghormati.

Sally punya kumpulan dapat tema "Kesyukuran" dan untuk kali ini ahli kumpulan Sally ialah Kak Eyza dan Kak Jueliza. Walaupun macam agak last minute join, antara kumpulan yang terakhir yang memberikan nama untuk join, bincang pun fully dalam WhatsApp sahaja, nasib baik la dapat come out dengan menu yang melambangkan Lebaran.





Lepas berbincang, 5-6 resipi jugak la yang terbit akhirnya kami pilih untuk buat sate dengan kuah kacang...tapi yang istimewanya pada menu kami ialah sate digoreng bukan dibakar dan juga kuah kacang kami ada tambahan perut muda (usus lembu) dan semestinya kedua-dua resipi ada menggunakan kismis.





Disebabkan Sally yang suggest untuk masak kuah kacang, jadinya Sally la yang kena masak kuah kacang. Kak Jue pulak masak sate goreng dan kak Eyza siapkan nasi impit dan jugak bahagian dekorasi pinggan...hehehe



Resipi ini resipi daripada arwah nenek Sally. Sally masak ini buat kali pertama sebab sebelum ini hanya mama dan kakak je yang tau resipi ni...Alhamdulillah la menjadi walaupun pedas sikit...





Sesi yang paling debar masa kena present menu masakan kepada juri-juri, selain daripada wakil daripada Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC), chef daripada Berjaya University College of Hospitality dan Chef Selebriti, Ili Sulaiman pun ada tau. Bayangkan la orang yang memang berpengalaman dalam dunia masakan, bagi komen pasal masakan kita. Berderau darah bila dorang tanya soalan. Nasib baik kalau Sally memang sejenis nak bebel tu takde masalah...hahahaha



Chef Ili pun sempat berkongsi dan menunjukkan demonstrasi memasak "Beriani Ayam Kismis Califomia" dan "Roti Sosej Masala Kismis California" dengan menggunakan Kismis Califomia. Chef lli kata masakan ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya lazat dan menyelerakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan juga sanak saudara dan sahabat handal yang datang untuk berhari raya.

Kalau dah air tangan chef tu, sedap jangan kata la...senang sangat tengok dia buat, masak pun sekejap je dah siap. Sally rasa macam nak buat juga untuk berbuka puasa ke masa hari raya nanti!


24 orang blogger yang lengkap berbaju raya dan mengikut tema masing-masing.



Hah, ini la menunya; Bumbu Kacang Nenda dan Sate Daging Goreng. Dekorasi pinggan tu hasil tangan Kak Eyza.



and tadaaaaa...Alhamdulillah...Walaupun tak menang hadiah utama...kami dapat jadi 2nd Runner Up...dalam erti kata lain tempat ketiga laa...alhamdulillah sangat sebab dapat menang...teruja gila...padahal masa awal-awal masak tu rasa down sangat...mana tak down, orang lain ada yang masak 2-3 jenis menu...itu belum lagi dorang buat banyak benda...resipi, dekorasi pun semua mantop...kita pulak berbekalkan kuah kacang dengan sate goreng je haaa...tapi kalau dah rezeki...Alhamdulillah dapat tempat ketiga...

So, terima kasih kepada Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) sebab menganjurkan Masak-Masak 'Raya Rasa Sayang' ni...lain daripada yang lain dan ternyata mmg banyak resipi dan kegunaan kismis yang kita boleh pelbagaikan...bukannya terhad hanya untuk makan sebagai snek...Untuk maklumat lanjut untuk resipi menggunakan Kismis California, boleh ke www.calraisins.org dan www.calraisins.com

11 comments:

  1. tak share ke resepi kuah kacang tu sally..nak juga buat raya nanti hehe..tahniah semua

    ReplyDelete
  2. Tahniah sally and the team. Hebat dah dpt tempat ke-3 tu. Next year mana tau jadi juara. Amin.

    ReplyDelete
  3. Wahh menang juga ye... Tahniah team sally.. Sedap lak tgk yg korg masak tu.. Share skit pliss

    ReplyDelete
  4. Tahniah Sally dan juga team....best ni

    ReplyDelete
  5. meriah you alls..kita tak tau nak group dengan siapa, sebb tu tak join..ehhee..tahnaih you alls menang tempat ketiga..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Sally dan team.. best dapat masak-masak ya. Kak Sue tak dapat join hari tu kalau tak boleh masak-masak juga..

    ReplyDelete
  7. Syokla tengok korang join ni. Emi risau nak join, sebab tak reti sangat masak-masak ni hahaha

    ReplyDelete
  8. Best nyer acara masak-masak together with friends and also get to be creative with the recipe.

    ReplyDelete
  9. Sedaonya tengok masakan dia

    ReplyDelete
  10. Seronoknye tgk... meriah sgt..

    ReplyDelete
  11. Takpe sally.. Dapat tempat ketiga pun syukur sangat. Sebab bukan mudah nak menang dalam pertandingan mcm ni kan.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!