Wednesday, May 8, 2019

KEMPEN JAKEL BARULAH RAYA 2019 - JAKEL, SHAH ALAM


"Ingat Kain, Ingat JAKEL", bohonglah kalau ada yang tak kenal dengan slogan mereka ini. Ditubuhkan sejak 32 tahun lalu, JAKEL sentiasa menjadi pilihan untuk menyediakan kelengkapan raya. Bayangkanlah dibawah satu bumbung ada koleksi baju raya RTW, kain langsir, pakaian pengantin, koleksi tudung daripada Ariani sampailah ke perkhidmatan untuk tempahan jahitan.



Minggu lepas Sally sempat ke Wisma Jakel Shah Alam untuk sesi kedua Jakel Barulah Raya yang mana menampilkan selebriti seperti Dato' Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat , Upin Ipin dan wajah terbaru mereka; Abam BOCEY.

Kempen seperti ini adalah wajib kepada Jakel supaya Duta Raya Jakel dapat mempromosikan koleksi mereka dan berinteraksi dengan peminat-peminat mereka. Kalau korang nak tau, konsep dan koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang segar dan moden. Fabrik mereka juga berkualiti tinggi dengan perincian rekaan yang kemas dan rapi.



LELONGAN BESAR-BESARAN SEHINGGA MALAM RAYA
Jangan risau kalau korang tak sempat nak shopping awal sebab seperti kebiasaan Jakel akan membuat lelongan besar-besaran sehingga la ke malam raya. Jualan awal ni supaya korang senang nak pilih warna, nak pilih saiz dan buat persiapan awal, tapi kalau nak tunggu bonus pun masih sempat!

Potongan yang diberikan sehingga la 85% tau...tak murah lagi tu tak tau laa...Bayangkan, koleksi baju melayu pun boleh dapat serendah RM99 dan tak cukup dengan tu dapat la kain samping dan butang baju melayu percuma. Fuhhhh~ Rasa macam nak pakai baju melayu pulak raya ni...hahaha...Lagi best, baju melayu sekarang ada sehingga saiz 7XL!



Korang boleh pilih koleksi baju melayu Aaron Aziz kalau nak yang lebih klasik, baju melayu koleksi Nabil Ahmad untuk cutting slim-fit, koleksi Awal Ashaari, koleksi Hairul Azreen yang mempunyai preincian dibahagian leher atau koleksi baju melayu Abam BOCEY kalau korang atau ahli keluarga korang ada badan yang agak besar.

Yang best koleksi tahun ini sebab ade zip di kedua-dia belah tangan tau. Baik Baju Melayu atau Baju Kurung pun ada juga! Tambahan zip juga ada disisi pesak baju, supaya senang nak sarung. Lepas ni makin senanglah nak senseng lengan nak cedok kuah, makan rendang ke, nak ambil wudhuk ke kan, baju tak basah tak kotor...Hah, pi la raya sehari suntuk pun takpe!

Selain daripada baju melayu, koleksi kurta dibawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari juga ada. Kurta mereka dibuat daripada fabrik cotton yang bercorak dan mempunyai kekemasan di bahagian potongan leher. Bezanya untuk koleksi kurta mereka tidak mempunya zip di lengan tetapi ada bahagian yang dilipat dan boleh dibutangkan. Ianya didatangkan dengan variasi warna dan rekaan. Tambahan tahun ini ada juga koleksi kurta dengan label Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.



Untuk wanita pula, selalu ada masalah dengan cutting yang berbeza. Ada yang besar di pinggul, ada yang masalah di bahagian pinggang dan sebagainya. Jadinya Jakel mengeluarkan pelbagai koleksi dibawah label Scha Al-Yahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha.

Semua koleksi sesuai untuk digayakan oleh remaja ataupun yang dewasa. Penampilan yang ceria, moden dan kurung moden yang ekslusif menjadi fokus utama. Yang paling penting fabrik dan rekaan mmg sangat up to date dan ada saiz sehingga 5XL!

Koleksi kanak-kanak pula dapatkan koleksi dibawah label Yusuf Iskandar, Lara Alaana dan Upin Ipin. Untuk setiap pembelian baju melayu Upin Ipin, akan mendapat kain samping dan butang baju melayu percuma.

Pendek kata, satu keluarga boleh beli di Jakel. Daripada ibu bapa sehingga la ke anak-anak pun ada koleksi mereka yang tersendiri.







JAKELSTORE.MY
Jakel kalau tak sesak memang tak sah, jadinya bermula 10 Mei 2019, korang dah boleh membeli secara atas talian tau...Dah tak payah nak bersesak dekat area Masjid Jamek tu atau dekat Seksyen 7, Shah Alam...

Jangan risau sebab semua harga sama sahaja dan ada juga promosi kalau beli secara online. Jangan lupa layari www.jakelstore.my untuk membuat sebarang pembelian. BERMULA 10 MEI 2019 TAU!

13 comments:

  1. Kalau masuk jakel mmg rambang mata nak membeli kan.. Byk pilihan lawa2 dan murah

    ReplyDelete
  2. I love to buy fabric at jakel as well

    ReplyDelete
  3. yes jakel dah boleh beli online..tak payah nak turun sana or nak bersesak2 bagai..jom lah kita cari baju raya jakel hihi

    ReplyDelete
  4. Segak bergaya la memasing yang dapatkan koleksi di Jakel ni kan.
    Almaklumlah, artis sebagai duta pilihan kan.

    ReplyDelete
  5. Senang shopping dekat jakel. Semua under one roof. Lepas ni online je lg senang.

    ReplyDelete
  6. tiap tiap tahun jakel buat camni.. mmg gempak habis la tahun ini

    ReplyDelete
  7. Every year Jakel buat promosi macam ni kan.

    ReplyDelete
  8. Tahun ni tak main jakel la pulak.. Sebb tahun lepas dh pakai.. Hehee.. Tapi mmg suka jakel selalu tiap tahun banyak je design dia keluarkan..

    ReplyDelete
  9. Cantik² baju dekat jakel ni.. Pernah jugak beli kat sini...

    ReplyDelete
  10. Wahh raya sakan tahun ni dgn jakel ye.. Lawa2 gak baju jakel ni

    ReplyDelete
  11. Ah! memang best kalau nak beli baju raya kat Jakel, semua ada and banyak pilihan pulak tu.

    ReplyDelete
  12. Wahh jakel dah boleh beli mll website. Syiok nya. Tak sabar nak shopping..

    ReplyDelete
  13. Suka tengok kain sampin yang Nabil pakai tu.. cantik.. colourfull.. tu mesti mahal tu kan.. TB pernah pi Jakel sekali je .. padat nya orangg

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!