K-BEAUTY GLASS SKIN EFFECT DENGAN DUA ESEN BAHARU SYAHIRAH KOREAN SECRETS


Syahirah salah satu jenama kecantikan Malaysia yang telah berada di pasaran sejak tahun 2006 dan terkenal dikalangan pengguna Muslim di Malaysia kerana ianya diyakini halal. Siapa tak nak muka bersih, putih mulus, ada "glass-skin" effect, tak ubah macam muka artis Korea. Jangan risau, tu bukannya angan-angan tau sebab mmg ada produk yang mampu buat kita dapatkan kulit sihat macam mereka.

Selain daripada Seoul, Pulau Jeju merupakan antara destinasi tercantik di dunia dengan pemandangan yang mengagumkan. Tak sah kalau berkunjung ke Korea tapi tidak menjejakkan kaki ke Pulau Jeju. Di Pulau Jeju memang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, daripada air terjun sehingga la ke puncak gunungnya, semua cantik!!


Di Pulau Jeju juga terdapat pelbagai flora yang menjadi sumber ubatan atau bahan kecantikan yang digunakan oleh orang Korea. Kalau korang perasan, sebenarnya kebanyakan produk kecantikan di Korea mengandungi ramuan semula jadi yang diilhamkan daripada kaedah kecantikan yang diwarisi sejak turun temurun. Segala tips, produk penjagaan muka, fesyen...Semuanya diinspirasikan daripada Korea. Jadi, tidak hairanlah jika trend K-beauty menjadi popular.


Pernah dengar tentang efek Glass Skin?

Efek Glass Skin mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit kita tanpa perlu bermekap tebal. Trend Glass Skin menjadi semakin terkenal kerana kulit kita akan kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan sebenar.

Kalau korang rasa guna 2-3 produk pun dah malas, jangan terkejut tau sebab wanita Korea selalunya menggunakan 8 atau 10 produk selari dengan regim penjagaan dan kaedah penjagaan kulit wajah yang rapi. Penggunaan esen juga salah satu regim kecantikkan mereka kerana mereka mempercayai ia dapat membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal, lembap dan licin, serta dapat meratakan tona kulit.


Hydra Soft Dewy Moist Essence dan White Glow Snowy White Essence


Serlahkan Kulit Licin, Gebu dan Lembut Dengan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence

Siapa yang tak nak kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Fungsi Hydra Soft Dewy Moist Essence yang diperkaya dengan pati Tri-Flower Essence; yang terdiri daripada tiga ramuan penting:

↪ Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit
↪ Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata
↪ Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit


Kulit Lebih Cerah Berseri Dengan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence

Pada korang yang inginkan kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow
Snowy White Essence merupakan solusi kerana esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin, halus dan dapat menghalang pembentukan tompok gelap disampingvmelembapkan kulit wajah.

Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence. Di dalamnya terkandung intipati :

↪ Bunga Cherry Blossom yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi
↪ Bunga Camellia memberikan kelembapan
↪ Bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit

Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow
Snowy White Essence boleh didapati pada harga RM39.90 setiap satu di semua rangkaian
farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari
laman web rasmi www.syahirah.com.my atau ikuti laman sosial Instagram dan akaun Facebook
rasmi Syahirah Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!