Friday, May 10, 2019

Hikmah di sebalik tibanya Ramadan.



Jujurnya, masa awal-awal kenal puasa dan bulan Ramadan, Sally selalu pertikaikan kenapa kita perlu berlapar walhal kita sebenarnya boleh makan...tapi selepas menginjak dewasa, pelbagai input dan ilmu yang diberikan barulah ada kefahaman tentang Ramadan.

Jadinya hari ini Sally nak kongsikan hikmah tibanya Ramadan.

➤ Kita menggapai sifat ketaqwaan kepada Allah dan merasakan kerdilnya diri sebagai hamba-NYA
➤ Melupakan nafsu dan keinginan kepada kesenangan dan keindahan duniawi
➤ Meningkatkan akhlak yang terpuji dan keperibadian yang mulia
➤ Mengajar diri tentang erti kesabaran
➤ Mensyukuri nikmat yang selama ini Allah berikan kepada kita
➤ Merasai dan berkongsi penderitaan mereka yang kurang bernasib baik
➤ Memberikan kesempatan untuk sistem badan; perut khususnya untuk berehat dan memperbaiki sel-sel dalam tubuh badan supaya lebih sihat

Sebenarnya ada banyak lagi hikmah yang dapat kita pelajari daripada Ramadan. Semoga Ramadan kita pada tahun ini akan menjadi Ramadan yang paling indah dan semua amalan akan digandakan kebaikkannya.

2 comments:

  1. aamiin. semoga ramadhan tahun ni menjadi ramadhan yang lebih baik dr yg sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah pasti ada hikmah di setiap apa yg kita lakukan ^_^

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!