Boyzone - Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia (bersama artis jemputan Brian McFadden)


Kalau korang perasan, tahun 2019 merupakan tahun artis-artis zaman 90-an buat comeback...Untuk Sally yang membesar dengan lagu mereka terasa teruja gila...Daripada Blue, Backstreet Boys, Westlife dan kini Boyzone...tapi sedihnya sebab konsert Boyzone kali ini merupakan konsert terakhir mereka kerana selepas konsert ini mereka akan bersara selamanya, tapi yang istimewanya untuk konsert di Malaysia sebab akan ada penampilan khas daripada Brian McFadden.

Siapa yang tak kenal dengan Brian McFadden; bekas ahli kumpulan Westlife dan merupakan seorang penulis lagu. Brian telah meninggalkan kumpulan Westlife pada tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,” sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son”. Kemudiannya, pada tahun 2016, Brian dan Keith Duffy (ahli dari Boyzone) telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan mengelilingi dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka.

Boyzone mula terkenal pada tahun 1995 dengan lagu Love Me for a Reason; terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45. Ahli kelima mereka; Steven Gately telah meninggal dunia.


Boyzone telah mengeluarkan lima album yang pernah menjuarai carta, menjual lebih daripada 20 juta album dan boleh berbangga dengan 21 lagu yang pernah mendapat tempat teratas di carta British Pop Charts seperti Love Me for A Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi. Boyzone pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur buat pertama kali pada Ogos 2018 untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-25.

Thank You & Goodnight merupakan album studio ketujuh dan terakhir mereka yang telah dilancarkan pada bulan November 2018. Dream; single promosi untuk album ini telah direkod semula dengan yang memaparkan penambahan vokal mereka kepada versi Gately yang sebelum ini telah merekod versi solo lagu ini sebagai b-side kepada single Stay pada tahun 2001. Boyzone telah memutuskan untuk merekod semula lagu ini, supaya dapat memasukkan suara mendiang ahli kumpulan mereka dalam album studio terakhir mereka ini.

Dengan pelancaran album terakhir ini, Boyzone telah memulakan Thank You & Goodnight The Farewell Tour pada Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.


Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia
Tarikh : Jumaat, 14 Jun 2019
Masa : 8.30pm
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Tiket berharga RM198, RM438, RM588 dan RM688
(Tiket boleh didapati di airasiaredtix.com/boyzone2019)

Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 Live in Malaysia dianjurkan oleh WOWSTAR Creative Entertainment; sebuah syarikat hiburan yang pakar dalam bidang hiburan seperti konsert, persembahan secara langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook (www.facebook.com/WowstarCreativeEntertainment/)

Post a Comment

0 Comments