Tuesday, May 7, 2019

AMINO MASON LANCARKAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT BOTANI



Pernah tak rasa nak pergi salon profesional tapi malas, sampai rasa kalaulah boleh bawa salon ke rumah kita kan tapi korang tau tak sebenarnya kita boleh menjaga dan mendandan rambut tanpa perlu ke salon? Sekarang ini boleh sebab minggu lepas rangkaian produk penjagaan rambut Amino Mason telah dilancarkan di Malaysia bersama Guardian Malaysia selaku rakan runcit eksklusif.


Produk Amino Mason yang berasal daripada Jepun ini telah diktiraf sebagai jenama penjagaan rambut paling laris di Jepun, UK & Amerika Syarikat. Meskipun di pasaran kita ada banyak produk penjagaan rambut, tapi Amino Mason disifatkan sebagai jenama rambut semulajadi pertama yang diperbuat 100% daripada bahan botani, iaitu ekstrak buah-buahan dan herba serta diperkuat dengan 18 Jenis Asid Super Amino yang kesemuanya menjaga kesihatan rambut.

Rangkaian ini sangat sesuai dengan rakyat Malaysia sebab korang tau la cuaca kita macam mana kan, cuaca yang panas dan lembap tambah lagi dengan udara yang kotor berdebu, membuatkan rambut cepat jadi kotor dan berminyak dan perlu dicuci selalu. Untuk kekalkan imbangan PH dan kelembapan, Amino Mason hanya menggunakan bahan semulajadi seperti susu dan protein mutiara, sutera mentah, madu Manuka, dan minyak semula jadi daripada kekacang. Ianya juga tidak mengandungi paraben, silikon, sulfat atau sebarang pewarna sintetik dan surfaktan berasaskan petroleum.


Bercakap tentang "amino keratin", rangkaian ini mengandungi asid amino, keratin dan platinum yang disediakan dalam ketekalarn krim putar yang bertindak untuk menembusi hingga ke korteks atau lapisan ketiga kulit kepala. Kesannya kerosakan rambut dapat dibaiki secara lebih berkesan.

Sebaik sahaja tahap asid amino dan keratin dipulihkan, platinum memainkan peranan suntuk mengedap permukaan dan mencegah pelepasan protein dan lembapan (punca kerosakan). Tahap kelembapan dan kederiaan sentuhan adalah berlainan kerana khasiatnya melembapkan hingga ke hujung rambut untuk menjadikan rambut cantik berseri, manakala kolagen segar dengan keupayaan dan keserasian membendung lembapan menguruskan persekitaran kulit kepala dan menjadikan rambut lembap dan berkilat dari pangkal ke hujung.


Rangkaian Penjagaan Rambut Amino Mason datang dengan 2 variasi (meliputi 8 jenis produk berlainan) iaitu:

The Moist Hair Care Series (5 produk)
Ianya umpama jambangan Mawar Putih membawakan produk daripada syampu, serum rawatan, pupur, minyak rambut dan krim malam yang diperbuat daripada susu seduhan esen kecantikan daripada madu Manuka, minyak mangga, minyak badam & minyak argan, dan adunan avokado serta cherimoya. Siri ini disyorkan untuk rambut kering hingga normal.

The Smooth Hair Care Series (3 produk)
Hadir umpama jambangan Mawar Peony membawakan syampu, serum rawatan, pupur dan air rambut yang diperbuat daripade susu seduhan esen kecantikan daripada madu Mawar, Aprikot, Buah Delima, Rosemary & Lavender dan adunan buah-buahan botani seperti lemon & rasben. Siri ini disyorkan untuk mereka yang mempunyai rambut berminyak atau rambut normal.


Sally dah cuba Smooth Hair Care Series, bau dia mmg sedap sangat dan rambut jadi lembut dan mudah diuruskan. Sally punya rambut dah la jenis kering menggerbang, tapi lepas pakai syampu ni rasa macam "berat" dan takde la kembang sangat rambut Sally.

Lemon dan rasberi buat kulit kepala rasa fresh je lepas mandi. Yang penting sekali bau Lavender dan Rosemary tu mmg buat kita rasa relax dan happy je. Walaupun rangkaian ini tidak menghilangkan kelemumur secara total tapi ianya dapat kawal minyak pada kulit kepala, jadinya kepala tak rasa berminyak kurang gatal dan tak bau busuk/hapak.

Rangkaian produk Amino Mason boleh didapati secara eksklusif di semua gedung Guardian di Malaysia Barat & Malaysia Timur. Untuk maklumat lanjut tentang Amino Mason, boleh kunjungi laman sesawang mereka di www.aminomason.com

Facebook: www.facebook.com/aminomasonmalaysia
Instagram: @aminomasonmalaysia

8 comments:

  1. Dia punya botol tu lawa.. Mcm bekas yg biasa org buat smootie tu kan.. Leh usha2 tgk kt guardian lah kang

    ReplyDelete
  2. mesti bau dia tu fresh ja kan. best nya ^_^

    ReplyDelete
  3. Wah produk rmbut baru.. Wangi tak.. Ada yag utk dandruf tak.. Kalau ok nak p cari

    ReplyDelete
  4. menarik... packaging pun menarik..

    ReplyDelete
  5. Hair care utk yg lembap & lembutkan rambut.. Wawa nk rmbut rasa lembut2 je... Sedap dibelai..

    ReplyDelete
  6. Cantik packagingnya. Nak trylah.. sekarang ni memang akak cari produk dari bahan semulajadi dan selamat je.

    ReplyDelete
  7. I like their haircare products, its so moisturizing and smooth.

    ReplyDelete
  8. First time emi dengar pasal janama ni sebenarnya..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!