Friday, April 26, 2019

Visit Malaysia 2020 : TOURISM MALAYSIA TRAVEL MART @ NEGERI SEMBILAN 2019


Walaupun Malaysia mungkin ada yang tidak kenal tapi kalau korang nak tau ramai pelancong luar suka melancong ke Malaysia, terutamanya kawasan pantai kita. Sebagai contoh, Port Dickson sahaja telah menerima kunjungan hampur 5 juta pelancong dari dalam dan luar negera daripada Januari hingga November 2018.

Mungkin ada yang tahu tak kurang juga yang tak tau bahawa tahun 2020 akan menjadi Tahun Melawat Malaysia, jadi atas inisiatif ini pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan program Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan yang telah berlangsung di Lexis Hibiscus Port Dickson minggu lepas.


YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik. Beliau turut menekankan tentang peranan pemain industri bagi memastikan visi dan misi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah disenaraikan.

Program ini telah diadakan sebagai medium diantara agensi dan pemilik produk pelancongan dalam usaha meningkatkan industri pelancongan domestik khusus di Negeri Sembilan. Seramai 140 pembeli dan 50 penjual produk pelancongan telah mengambil bahagian dalam program yang berformatkan B2B (Business to Business). Sesi dialog juga telah diadakan bagi berkongsi isu berkaitan industri pelancongan dalam negara.



Pelbagai isu telah diutarakan antaranya tentang kebersihan kawasan sekitar pusat pelancongan terutamanya tandas, tentang kehadiran pemandu pelancong haram tanpa permit yang sah, dan pelbagai isu yang berkait yang mana mereka rasa perlu diambil tindakan yang serius oleh pihak kementerian dan juga daripada pihak kerajaan negeri sendiri.

YB Tuan Muhammad Bakhtiar juga turut menggesa agar memanfaatkan teknologi digital seperti media sosial dalam pemasaran produk pelancongan kerana trend ini terbukti mampu meluaskan pasaran produk mereka.

Program Tourism Malaysia Travel Mart ini akan diperluaskan di negeri-negeri lain dalam Malaysia pada masa akan datang dan pihak kementerian juga bercadang membawa Travel Mart ini di peringkat global jika mendapat peluang dan permintaan.

2 comments:

  1. Means travel mart ni jual produk pelancongan ke? Aniway assalamualaikum.. singgah le ke blog saya yer

    ReplyDelete
  2. Jarang dengar pelancong luar datang Negeri Sembilan. So, mungkin ni satu inisiatif yang bagus.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!