Tuesday, April 16, 2019

Tiket Konsert Westlife di Kuala Lumpur Sold Out!


Sally rasa baru je Sally kongsikan pasal tarikh penjualan tiket untuk Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ In Kuala Lumpur yang akan berlangsung Ogos nanti, tapi memang terkejut betul sebab dalam masa 32 JAM SAHAJA SEMUA TIKET DAH HABIS TERJUAL!



Kalau korang nak tau, pra-jualan tiket hanya bermula pada 13 April 2019 di Atria Shopping Gallery, tapi ada beberapa penyokong tegar telah tidur semalaman di tempat pra-jualan untuk mendapatkan tiket mereka.

Barisan itu akhirnya menjadi sangat panjang dan para peminat perlu menunggu waktu berjam-jam, to be exact berlanjutan sehingga 9 jam tau untuk mereka mendapatkan tiket mereka tetapi pengalaman semua masih segar bugar tunggu dalam barisan sebab ada penaja makanan dan minuman, seperti snek Miaow Miaow, biskut Hwa Tai dan air mineral Ocean. Bausch + Lomb juga telah menaja goodies dan contact lens solution semasa acara pra-jualan tersebut.


Pada hari berikutnya, 14 April 2019, penjualan tiket dalam talian dibuka di www.macpiepro.com dan juga pada aplikasi MMspot dan sehingga pukul 11am pada 15 April 2019, kesemua 14,700 tiket telah habis terjual untuk kedua-dua hari konsert yang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam.


Selepas hampir dua dekad, Westlife kembali menemui peminatnya di Malaysia. Jadi tak peliklah kalau semua tiket habis terjual dalam masa yang singkat. Bayangkanlah kali terakhir mereka datang untuk konsert adalah pada tahun 2000; iaitu konsert 'East Meets Westlife Tour di Malaysia', ternyata konsert kali ini akan menjadi ruang untuk peminat melepaskan rindu kepada mereka.

Sally pun tak sabar nak tunggu kehadiran bulan Ogos, harapnya walaupun tanpa kehadiran Brian McFadden, Sally tetap pasti Westlife akan memberikan persembahan yang hebat dan luar biasa!

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro
Facebook: www.facebook.com/MacpiePro
Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Media sosial Universal Music Malaysia
Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY
Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia

2 comments:

  1. Kawan akk tggu beli on9..bila dah open line..hampeh, skejap je dah habis ticketnya...
    kesian dia...

    ReplyDelete
  2. Tak terfikir pun nak beli ticket masa dia launched hari tu. Sekali dah habis dah ㅠㅠ

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!