Sunday, April 14, 2019

#KakakKimchi x SeoulNami Korean BBQ (Review)



Hai korang, iye...#KakakKimchi korang kembali dengan menu Korea...kali ini Sally tak masak, tapi memasak dekat restoran...hahahaha...kalau di Korea, susah kita nak cari BBQ yang halal...sebab mostly akan serves pork dan jugak non-halal beef yang lain (salah satu faktor sebab tidak disembelih dengan cara Islam) tapi rasa bersyukur sangat sebab sekarang tak perlu nak ke Korea semata nak makan BBQ sebab dekat KL ni pun dah ada!

Sebenarnya dekat area Nami Island, di satu kawasan yang dikenali sebagai Chuncheon, yang terkenal sebab menjual ayam BBQ yang sedap tapi kenapa nak pegi jauh-jauh sedangkan dekat SeoulNami Korean BBQ korang boleh cuba the #FamousChuncheonChicken !

Sebelum Sally cerita lebih lagi pasal #FamousChuncheonChicken, Sally nak share dengan korang beberapa menu yang korang kena cuba untuk rasa sendiri "feels" macam dekat Korea!







Menu yang Sally nak suggest ialah #Gaeranjim dan #Jumeokbap 🍙

Gaeranjim merupakan telur kukus, selalunya kalau di Korea dibuat sebgai makanan/lauk tambahan ataupun sebagai ban-chan. Gaeranjim ni memang sedap kalau kita makan masa panas, fuhhh...kalau Sally macam "comfort food" yang buatkan kita rasa selesa.

Jumeokbap ni pula kalau orang kita panggil nasi kepal la...cuma bezanya selalunya hanya ada rumpai laut kering dan juga baki nasi semalam, tapi di SeoulNami Korean BBQ lain sikit sebab ada kepingan ayam juga...Sedap la kena dengan tekak Sally...tapi yang bestnya sebab korang kena gaul dan kepal sendiri...Itu yg Sally cakap Sally 'memasak di restoran' pada awal cerita tadi.


Ban-chan / Side dish



Okay, kita dah masuk kepada menu utama, BBQ~

Walaupun specialty kat sini ialah Chuncheon Chicken, tapi Sally mmg tak boleh kalau tak cerita pasal daging. I am a meat eater so kalau ada daging dan ayam, Sally akan pilih daging.

Kalau korang tak tahu nak pilih apa, Sally cadangkan korang cuba ambil BEEF PLATTER macam dalam gambar tu...sebab korang boleh cuba 3 jenis potongan daging; ada BEEF BELLY, BULGOGI dan BEEF RIB FINGERS.



Tengok la masa grill, guna arang ya bukan guna elektrik...meleleh air liur nak tunggu masak...dapat pulak salad segar, dip pula dalam sos Ssamjjang yang dibuat sendiri oleh pihak restoran, wrap kan daging...fuhhhh...mmg penuh mulut nak kunyah tapi puas hati~

Dagingnya segar, selari dengan kualiti premium yang ditawarkan.



Tak lengkap la pengalaman Korea kalau kita tak cuba sotong kurita atau Spicy Baby Octopus. Grill atas arang yang panas, jangan terlalu lama supaya tidak terlalu liat...makan panas-panas, mmg best...Selain daripada Spicy Baby Octopus, kalau korang sukakan hidangan makanan laut, boleh cuba set Prawn & King Scallop dan ikan Mackarel.



Sally cuba Spicy Baby Octopus je sebab dah tak sabar nak grill ayam Chuncheon yang famous tu!!





Di SeoulNami Korean BBQ, terdapat 4 pilihan Chuncheon Chicken:

↪ Spicy Hot Pepper Chicken
↪ Sweet Honey Butter Chicken
↪ Savoury Ganjang Chicken
↪ Salty Ganjang Chicken

Untuk kali ini Sally hanya cuba 2 sahaja, Spicy Hot Pepper Chicken dan Sweet Honey Butter Chicken...Overall perasa dia mmg meresap dekat keseluruhan bahagian ayam. Amaran eh kalau korang tak kuat pedas, tolong la beragak sikit masa makan Spicy Hot Pepper Chicken tu...pedas dia sampai mengalir airmata Sally...hahaha



Ini another specialty yang ada, dekat SeoulNami Korean BBQ ni terkenal dengan Signature Kimchi Trio. Istimewanya kimchi ini sebab disajikan dalam 3 gaya, yang FRESH, FRIED dan SMOKED. Kalau korang peminat kimchi macam Sally, korang akan rasa setiap satu gaya kimchi ni membawakan rasa yang berlainan. Yang smoked tu hanya terdapat di SeoulNami Korean BBQ je tau, kat tempat lain tak ada...ha...~



Tak lengkap la kalau kita tak makan #Odeng 🍢, mostly orang akan cuba street food ini di Korea...Lagi best kalau makan masa musim sejuk atau masa tgh demam ke...Sally kalau pergi Seoul pun tak pernah lupa makan Odeng.

Untuk jadikan Odeng dekat sini lebih sedap dan boleh dinikmati dengan seisi keluarga ataupun rakan-rakan, mereka sediakan sebagai Odeng Seafood Pot. Selain daripada Odeng ada jugak kek ikan, kupang, scallop dan bebola ikan.

Kali pertama makan dekat sini Sally cuba Crabby Kimchi Jjigae tapi Sally tak suka sangat makan ketam jadinya macam agak membazir jugak la...Mungkin lepas ni Sally nak cuba The Army Stew (Budae Jjigae).



Dah kenyang, tapi kalau perempuan mesti ada ruang untuk pencuci mulut. Jangan lupa #goguma 🍠 dan #BurnCheeseCake 🍰 dorang...#Hotteok dgn aiskrim 🍨 pun ada...MasyaAllah, sambil taip sambil teringat semua makanan...Rindunya nak pergi Korea lagi...eh, takde kaitan! hahahaha



SeoulNami dlm proses utk mendapatkan Pensijilan Halal drpd JAKIM, tp semua bahan yang mereka gunakan tidak berpunca atau mengandungi bhgn atau benda dari binatang yg diharamkan oleh undang-undang Islam, atau haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Restoran SeoulNami terletak di Tingkat 1, The Gardens Mall (bersebelahan Robinsons). Kalau korang ke Mid Valley, sila panjangkan langkah ke sini tau..

Instagram: @seoulnamikoreanbbq
Facebook: SeoulNami Korean BBQ

12 comments:

  1. Menariknya.....Akk klu ada kedai korea baru cmnie
    selalu bagi dekat kakak akk je...dia mmg suka makanan korea ni..

    ReplyDelete
  2. Bestnya Saya memang suka mknn Korean ni

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tapi tak danlah nak pergi seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa kena pergi sorang kalau akak ada? hahahaha...gigihnya nak makan!

      Delete
  4. Nyumm nyummm nmpk sodap tu sally.. Rs nk mkn jerk gambar² yg ada ni.. haha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya swmua.. Nasi tu apa rasa.. Daging tu alahaii.. Nak je rasanya makan esol.. Hahaha.. Jom sally belanja jom... Hahahhaa.. Temankan kita makan sini..

    ReplyDelete
  6. Kakak kimchi suka jeleskan kita. Hahaha .. Dhla kat sini takde mknn korea mcm kt sana.. Ade pon kfry je.. Tp jauh.. Xpe tggu Dubuyo bkk kt tempat kita...nasi kepal tu kita suka..sbb penah buat.

    ReplyDelete
  7. Budak kecik ni memang suka makanan korea kan. Tengok muka happy dia pun tahu dah. Makanan korea ni nampak sedap. Banyak banyak makanan korea akak boleh makan hat chicken je kot Hahaha

    ReplyDelete
  8. Emi dah pergi last weekend, bestttt! Siap mintak bertambah weyh fist rice tu. Btw dia punya ramyeon pun emi try jugak, kemain pedas.

    ReplyDelete
  9. Wah best nyer nampak ramai yang makan kat sana, i pun nak makan korean BBQ la. The Spicy Baby Octopus is so tempting.

    ReplyDelete
  10. Now I'm craving for it!! Terutama Fist rice + Fire ramen tuuu.. Waduhhh gigih makan walaupun tak makan pedas. Hahahaa..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya, macam nak pergi makan sekarang je tapi tengah kerja

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!