Tuesday, April 30, 2019

Senario industri makanan di Malaysia; selari dengan kehendak pengguna.


Malaysia dan makanan takkan pernah terpisah...Sampai la mengikut statistik, Malaysia mempunyai kadar obesiti dan kegemukan tertinggi di ASEAN tau tapi itu dulu sebab sekarang situasi ini mula berubah dengan permintaan oleh pengguna untuk makanan yang lebih berkhasiat, berzat namun mudah disediakan.



Minggu lepas Sally sempat ke sesi perbincangan dengan pakar-pakar industri yang menyemak corak pengguna yang mentransformasikan tabiat pemakanan Malaysia.

Panel-panel terdiri daripada Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik & Hal Ehwal Pematuhan, Fonterra Brands Malaysia, Puan Megawati Suzari, yang turut disertai oleh Pengarah Akaun Perantauan Kantar Worldpanel, Karen Leong, dan juga James Won, seorang chef dan pemilik Enfin; sebuah restoran Perancis di Kuala Lumpur.


Karen Leong, Pengarah Akaun Perantauan Kantar Worldpanel, memberikan pandangan mengenai senario pemakanan di rumah di Malaysia.

Pn. Karen menjelaskan bahawa di Malaysia, pengguna semakin mementingkan kesihatan, dan pembangunan teknologi juga membantu memudahkan segala penggunaan. Pada masa yang sama, pengguna juga semakin sibuk dan ingin mencari pilihan-pilihan mudah dan segera mengikut kepada kesesuaian jadual. Pada pandangan industri, ini bermaksud bahawa pengguna ingin melihat makanan dan minuman ringan lebih sihat yang dipek secara 'makanan segera'.


Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik & Hal Ehwal Pematuhan, Fonterra Brands Malaysia, bercakap mengenai peneraju corak pengguna pada tahun 2019.

Pn. Megawati menerangkan bahawa Fonterra memfokuskan penggunaan tenusu sebagai ramuan utama yang sememangnya merupakan ramuan terbaik yang membolehkan pengguna mendapat nutrisi bermutu tinggi melalui produk yang beraneka, dan memberikan kesedaran tentang pentingny produk tenusu untuk diet yang seimbang.

Katanya lagi, pengguna kini memahukan makanan yang berkhasiat dan semulajadi, yang tidak terlalu diproses dan kurang aditif. Fonterra juga ingin membina sebuah portfolio barangan tanpa gula atau pemanis buatan, dan menggunakan pewarna dan pemerisa semulajadi untuk menyerlahkan rasa setiap produk.


Chef James Won, pemilik restauran Enfin by James Won bercakap mengenai tren pemakanan dari perspektif industri.

Berkongsikan pengetahuan mengenai perubahan dalam citarasa warga Malaysia, Chef James berkata, orang ramai bukan sahaja menginginkan pilihan makanan yang lebih sihat, malah pilihan sayur-sayuran yang lebih mesra alam dan kebajikan haiwan ternakan. Sebagai contoh, lembu akan menghasilkan susu yang berkualiti lebih tinggi apabila lembu tersebut dibesarkan dengan baik. Orang ramai kini mula peka tentang sumber produk makanan mereka demi mendapatkan kualiti makanan yang lebih baik.

Tambahan lagi, apabila merujuk kepada rasa, ianya adalah keaslian rasa tempatan diidamkan setiap hari oleh rakyat Malaysia;dan mereka kini berusaha menuju kearah ini bagi memenuhi citarasa Malaysia.





Puan Megawati juga sempat berkongsi resipi mudah yang menggunakan bahan-bahan daripada Fonterra Malaysia. Kalau korang nak tau, Fonterra merupakan peneraju global dalam pembuatan produk tenusu dan merupakan pembekal bahan-bahan tenusu pilihan kepada banyak syarikat makanan terkemuka di dunia.


Fonterra di Malaysia terkenal dengan jenama terkemuka - Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum, Chesdale - dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, terkenal dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano. Semua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT).

7 comments:

  1. Good produk dari fonterra.. Dh lama sebenarnya nak try susu anlene tu.. Nanti la kalau keluar nk gi cari

    ReplyDelete
  2. mmg feberet sisu anlene tu.. dulu minum yg tepung.. skrg minum yg kotak lebih mudah

    ReplyDelete
  3. Anlene je kita minum.. Lain belum pernh.. Hehehe.. Bgus fonterra ni boleh buat dalam masakan

    ReplyDelete
  4. banyak juga hasil produk tenusutenusu Fo ni kan.. menjadi tanggungjawab kita untuk memilih makanan yang berkhasiat..

    ReplyDelete
  5. Susu Anlene tu akak pernah minum masa akak kena gastrik. Tuh jela sekali. Susu ni selalu akak guna untuk masakan

    ReplyDelete
  6. Susu anlene tak pernah minum. Susu anmum je pernah masa prgnant. Bagus juga mereka mengawal kualitinya kan..

    ReplyDelete
  7. Wow this is a good information about food trends and also what consumer wants.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!