[Ramadhan Buffet 2019] Hotel Sri Petaling



Dengan bertemakan #ThrowbackRamadhan, Hotel Sri Petaling membawakan kita mengimbau kenangan berbuka puasa bersama keluarga dengan pelbagai jenis hidangan tradisi.

Bufet ini akan bermula dari 8 Mei sehingga 3 Jun 2019, yang akan bermula pada pukul 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari. Harga bufet ialah RM79 (Dewasa) dan RM39 (Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun).

Pihak hotel juga turut menawarkan harga promosi iaitu RM50 sepanjang minggu pertama Ramadan (8-12 Mei 2019) dan kalau nak beli harga promosi "early bird" pula hanya RM60, tapi perlu beli sebelum 30 April 2019.


Ikan Patin Tempoyak Pahang

Siput Sedut Masak Lemak

Antara juadah tradisi yang boleh dinikmati di bufet Ramadan Hotel Sri Petaling ialah Ayam Percik Kelantan, Ketam Goreng Berempah, Ayam Opor Pahang, Sup Gear Box, Asam Pedas Daging Tetel, Kambing Panggang, Daging Gulai Kawah dan pelbagai jenis masakan istimewa yang lain.



Disini juga mereka berkonsepkan "The Hawker Stall", jadi kita boleh nikmati 80 jenis juadah berbuka puasa gabungan masakan Melayu, masakan dari Timur Tengah, ASEAN dan sebagainya.




Sup Gear Box











Kapasiti untuk ruang bufet boleh memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa dan mereka menyasarkan 4,000 pengunjung akan bersama sepanjang Ramadan nanti. InsyaAllah.

HOTEL SRI PETALING
30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-9058 2323

Post a Comment

4 Comments

  1. Betul-betul menguji nafsu di bulan Ramadhan ni nanti..hehe..

    ReplyDelete
  2. amboi...kambing dia duduk elok...

    ReplyDelete
  3. menarik betul semua makanan ni terus rasa lapar

    ReplyDelete
  4. semua tu lazat!! paling lazat kerabu tuuuuuuu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!