Tuesday, April 9, 2019

[Ramadhan Buffet 2019] "Nostalgia Sajian Desa" di Restoran Rebung Dato Chef Ismail.




Ramadhan Buffet 2019 - Restoran Rebung Dato Chef Ismail | Kalau orang tanya, masakan Melayu asli kat mana yang menjadi kegemaran Sally, memang takde yang lain selain daripada Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang terbaik. Untuk Ramadan tahun ini, Chef Ismail memilih tema "Nostalgia Sajian Desa" yang akan membuatkan kita teringat kepada masakan ibu kita di kampung.



Tahun ini akan ada lebih daripada 90 jenis menu yang menarik perhatian pengunjung antaranya lauk pauk pulak yang paling istimewa disini seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak, dan Siput Sedut Masak Lemak.









Ibu Sally bukan main suka bila nampak Nasi Kerabu yang penuh dengan semua perkakasannya. Selain daripada Nasi Kerabu atau Set Nasi Ambang, setiap hari akan ada dua jenis nasi yang akan disajikan antaranya nasi putih, nasi tomato, nasi lobak merah, nasi oren, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi dagang dan menu favorite Sally, nasi ulam.



Selari dengan tema "Nostalgia Sajian Desa", jangan lupa cuba kuih muih asli Melayu...Di Restoran Rebung Dato Chef Ismail, ada kuih Seri Muka, Karipap, Apam Berlauk, Sago Gula Melaka, Dodol, Pulut Kacau, Aneka Bubur dan banyak lagi kuih muih yang sedap, memang sesuai untuk berbuka puasa. Istimewanya korang juga boleh makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut atau dengan sambal ikan bilis...fuhhhh...betul-betul nostalgia bila digandingkan dengan Kopi O panas!






Restoran Rebung Dato Chef Ismail mampu memuatkan hampir 500 pengunjung dalam satu masa yang sama, dan mempunyai lif serta mesra OKU. Restoran ini juga MEMPUNYAI SURAU yang luas dan selesa (boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa) untuk semua umat Islam mengerjakan solat Maghrib dan Isyak.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi sepanjang bulan Ramadan; Ghazal Sri Nuansa akan mengalunkan irama Ghazal yang mengusik jiwa sepanjang waktu berbuka puasa.

Harga buffet hanya RM84.80 untuk dewasa dan RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara 5-11 tahun. Pakej bufet Ramadan akan bermula dari 6 Mei sehingga 3 Jun 2019. Untuk tempahan, hubungi 03-2276 3535.

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!