Saturday, April 6, 2019

Masak spageti dalam masa 3 minit dengan Master Pasto!



Kalau korang kenal Sally in person, selain daripada makanan Korea mmg Sally suka makan spageti...suka like suka gila...Sally infact boleh makan spageti pagi ke tengahari ke malam jugak...hahahaha...tapi kadang tu nak masak yang malas.

Haritu nampak ada orang post pasal instant spaghetti...yes, instant guys...sepantas 3 minit je korang dah boleh dapatkan sepinggan spageti...bukan satu jenis bahkan ada 3 jenis yang boleh korang pilih.







Instant pasta daripada MASTER PASTO ni Sally baru je cuba. Sepatutnya nak bawak ke Korea tapi sebab ada masalah sikit jadinya tak dapat la nak pergi...tapi Sally masih lagi excited nak share dengan korang pasal spageti ni.

Produk hebat ni dikeluarkan oleh Lioco Food Industries Sdn. Bhd yang terletak di Penang. Yang paling Sally suka sebab spageti ni dah dapat pengiktirafan daripada HALAL JAKIM dan tidak perlu dibekukan, tiada bahan pengawet, tiada MSG. Pendek kata walaupun ianya instant tapi tetap macam makanan yang kita masak dekat rumah.

Cara nak masak pun mudah sangat, cuma ambil masa 3 minit sahaja dah boleh makan.

1. Kalau korang tak ada dapur gas, takde masalah...cuma pastikan ada air panas, rendam je dalam masa 3 minit, dan wallah korang dah boleh makan. ATAU

2. Boleh gunakan ketuhar gelombang mikro (microwave), sama jugak cara dia. Buka paket yang berisi spageti dan kuah dia, masukkan dalam bekas yang tahan gelombang mikro dan panaskan selama 3 minit dan SIAP! Dah boleh makan dah.





Macam Sally sebab ada kat rumah jadinya Sally gunakan air panas jela...mudah sangat weh korang, masukkan dan panaskan...lepas 3 minit dah boleh dapat sepinggan spageti yang sedap...Macam yang Sally share dengan korang ni ialah Spaghetti Bolognese with Chicken, ada juga pilihan lain seperti Aglio Olio with Chicken dan Spaghetti Mushroom Cream Sauce. Ini pun sangat recommended, sedapnya Ya Allah semua spageti dia.



Paket ni seberat 280g setiap satu, jadinya pada Sally sangat la sesuai untuk di bawa semasa travel. Masa travel pun masih lagi kena mencari makanan halal, jadinya kalau susah sangat baik bawak je daripada Malaysia. Nak buat jadi souvenirs pun boleh...Hahahahaha

Lagipun murah je...sepaket baru lebih kurang RM7.90...kat mana-mana pun boleh makan, asalkan ada air panas atau microwave la...jangan risau sebab pasta ni dah mmg fully cooked, cuma panaskan je dah siap.

So far dorang masih jual secara online sahaja dekat website atau social media, kalau korang nak beli nak buat stok kat rumah ke atau nak buat travel ke...boleh usha laman sosial mereka seperti dibawah ni ya:

Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco

8 comments:

  1. I have tried this. So convenient yet delicious

    ReplyDelete
  2. Bestnya tengok sally masak.. Tapi zaza tak makan spageti.. Walaupun tak makan tp suka je tgk org masak

    ReplyDelete
  3. Nanti nak beli la buat stok kat rumah, hehe. Almaklum, kadang weekend emi malas nak masak, nak keluar pun malas. guna yg ni mudah!

    ReplyDelete
  4. Tengok sally buat ni dah rasa macam nak kena beli jugak ni. Selalu kalau sedia bahan pun dah 30minit juga baru siap 1hidangan. Yang ni 3minit je siap. Wajib cuba.

    ReplyDelete
  5. 3 minit! cepat je kan. mudah, dan sedap. kena beli juga ni buat stok...

    ReplyDelete
  6. Memang mudah sangat masak .akak paling suka aglio olio .memang pedas kena tekak akak

    ReplyDelete
  7. Zira dah masak memang sedap wlaupun instant je

    ReplyDelete
  8. Wawa suka dgn keluaran master pasto ni... Rasa dia sdp mcm makan kt restaurant gitu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!