Kedai Pertama NCIG (Produk Alternatif Berhenti Merokok); N Store kini dibuka!


Berhenti merokok dengan NCIG | Walaupun umum tahu yang merokok membahayakan kesihatan, tapi masih lagi ramai yang merokok...Salah satu sebab adalah kerana mereka ketagih dan tidak dapat meninggalkan rokok walaupun untuk sehari.

Tak payah cari contoh jauh, daripada arwah papa sampai la ke abang-abang Sally memang perokok, tegar la jugak sampaikan kita dalam rumah ni pun boleh pening kepala dengan bau asap...Itu belum lagi bau asap melekat dekat baju, tudung. Haih~


Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas NCIG; Shariffuddin Bujang a.k.a PakDin
Pertama kali dengar NCIG, dalam hati ingat benda ini tiada bezanya dengan vape, yang kini banyak digunakan sebagai pengganti rokok tapi ternyata Sally salah sebab NCIG adalah produk alternatif berhenti merokok yang direkacipta oleh anak tempatan kita sendiri.

NCIG yang mula dilancarkan pada Februari 2018, kini telah berjaya mengumpul hampir 60,000 pengguna dalam Malaysia. Ini bermakna, sebenarnya ramai yang dah mula membuka mata tentang bahayanya rokok dan mencuba untuk berhenti.

Sabtu lepas, NCIG telah membuka cawangan N Store pertama mereka yang terletak di Desa Sri Hartamas. Mereka memilih lokasi ini kerana kawasannya strategik dan mudah diakses. N Store ini akan memfokuskan kemudahan yang lebih kepada pengguna NCIG, contohnya dalam mendapatkan stok NCIG, NPOD, bahkan mereka boleh mencuba sebelum membeli. Pengguna juga akan mendapat akses yang lebih pantas untuk tuntutan waranti dan promosi. Mereka juga dalam perancangan untuk membuka lagi 2 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dalam masa terdekat.



Terkejut juga Sally sebab ramai peminat NCIG yang turun padang semasa majlis pembukaan outlet pertama NCIG. Sally memang salute la sebab dorang mampu melawan nafsu untuk merokok dan menghampiri kepada gaya hidup sihat tanpa rokok.



Selain daripada majlis pelancaran pembukaan, NCIG juga telah mengeluarkan 2 jenis perasa baharu iaitu Buttery Toffee (Butterscotch) dan Grape Noir. Kedua-dua perasa ini melengkapkan koleksi NPOD yang lain seperti Red Vanilla, Lush Mango, Coolmint dan Fine Tobacco.

Kata PakDin, mereka akan mengeluarkan maksimum 12 jenis perasa kerana fokus mereka ialah supaya pengguna NCIG akan berhenti merokok dan tidak bergantung kepada NCIG untuk menghilangkan ketagihan kepada rokok.





Sebelum korang bertambah confius tentang NCIG, NPOD ini, meh Sally nak kongsikan tentang NCIG.

NCIG dicipta sebagai produk alternatif untuk berhenti merokok. Produk ini lebih praktikal daripada Vape sebab ianya ringan dan design lebih moden. Ianya hanya senipis 10mm dan panjangnya 3.74inci sahaja. Kalau korang pegang, tak ubah macam pegang pendrive sahaja.

Baterinya boleh bertahan selama 10-12 jam berdasarkan kepada penggunaan dan yang paling penting hanya memerlukan 60 minit untuk mengecas penuh. Satu NPOD boleh bertahan untuk 100-200 kali sedutan, lagi sekali berdasarkan tahap penggunaan individu juga. NCIG menyasarkan golongan dewasa yang berumur 30-50 tahun.



NCIG BASIC KIT

Sally yang baik hati dah siap membeli NCIG untuk abang dia ya...ahahaha...Walaupun awalnya dia macam tak nak sebab kena berhenti merokok, tapi lepas cuba Red Vanilla, terus dia nak...ikut hati nak suruh bayar je sebab banyak songeh kan...tapi takpe, kali ini bagi can dekat dia...hehe

Di dalam basic kit ini korang akan dapat 4 jenis NPOD yang berlainan. Jadinya boleh cuba dulu yang mana sesuai, yang fruity macam Mango Lush atau yang lebih keras macam Fine Tobacco @ Red Vanilla.

Setiap satu NCIG yang baru juga didatangkan dengan tempoh waranti selama setahun jadi jangan lupa untuk daftarkan NCIG yang korang beli.



Sally pujuk abang Sally untuk gunakan Red Vanilla dulu sebab suka dengan bau dia...Hahahaha...Selamat la paru-paru Sally buat masa ni...Hopefully lepas ini dia akan lebih sayangkan diri sendiri dan berhenti merokok. Hmmm...ada lagi seorang abang yang nak kena bagi hadiah ni...haihhh~

Untuk maklumat lanjut tentang NCIG, boleh usha link dibawah ya:
Website : https://ncig.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/NCIGMY/
Instagram : https://www.instagram.com/ncigmy

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagusnya ada produk mcm ni. Atleast mambantu la perokok supaya tak hisap dah

    ReplyDelete
  2. Mcm mne tu dia buat.. Hahaa.. Mcm mnerik jga sebb rasa nak berhentikan suami hisap rokok

    ReplyDelete
  3. Noted now there are more innovative products to stop smoking.

    ReplyDelete
  4. Salah satu inisiatif yg baik untuk bantu orang ramai berhenti merokok.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!