Friday, April 5, 2019

Fasha Sandha dilantik sebagai Duta Jenama Baharu InnerShine®.


Wanita dan InnerShine® memang tak dapat dipisahkan. Dan kali ini lebih menarik kerana Fasha Sandha telah dilantik sebagai duta jenama baharu untuk rangkaian InnerShine® yang merangkumi InnerShine® Pati Prun dan InnerShine® Pati Beri.

Selain daripada itu, BRAND’S® Suntory turut mengumumkan penajaan drama bersiri 14 episod, Patah Sayap Bertongkat Paruh, yang dibintangi Fasha Sandha di saluran Astro Ria bermula 3 April yang lepas. BRAND’S® Suntory juga untuk tahun kedua telah menjalin kerjasama dengan Watsons bagi peraduan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi.


Selain daripada penggunaan mekap, penjagaan wajah yang sempurna...Badan dan dalaman pun perlu dititikberatkan. Tubuh yang sihat daripada khasiat nutrien yang baik menyerlahkan lagi kecantikan diri secara semulajadi.

Ini mengukuhkan lagi bahawa dengan mengamalkan formulasi cecair InnerShine®, dapat membenarkan pati dan khasiat semulajadi mudah diserap oleh tubuh. Pada tahun 2019, InnerShine® menekankan manfaat Pati Prun dan Pati Beri bagi membantu mencapai kecantikan dalaman menerusi penganjuran kempen Shine Dari Dalaman.

(L-R) Lam Hui Min, Senior Brand Manager, BRAND’S Suntory; InnerShine® Brand Ambassador, Fasha Sandha; Foo Hwei Jiek, Head of Trading, Watsons Malaysia and Eric Wong, Senior Marketing Manager, Watsons Malaysia

InnerShine® Pati Prun
InnerShine® Pati Prun dihasilkan bagi manfaat sistem penghadaman dan membersihkan tubuh secara dalaman dengan kesan luaran dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Ia mengandungi pati buah prun dengan tambahan Vitamin E untuk meningkatkan perlindungan kulit daripada radikal-radikal bebas, seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Dengan ramuan semulajadi, InnerShine® Pati Prun yang 100% berasaskan buah-buahan merupakan tambahan sempurna dalam rejim penjagaan kecantikan individu yang biasanya akan bermula dengan pembersihan dan melembap sebelum berakhir dengan sapuan bedak muka atau alat solek. Suplemen berkhasiat ini menggalakkan sistem penghadaman sihat yang menyerap nutrien-nutrien bermanfaat dengan mudah bagi kulit yang sihat berseri.

InnerShine® Pati Prun kaya dengan serat daripada buah prun dan maltodextrin, sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan dari tubuh.


Mengenai InnerShine® Pati Beri
InnerShine® Pati Beri pula merupakan pati beri yang diperkayakan dengan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E menyumbang kepada perlindungan sel daripada tekanan oksidatif dan juga memastikan kulit kekal licin dan berseri melalui ramuan tujuh jenis beri premium - blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries yang dipetik di Eropah dan Amerika.

Beri-beri ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan membantu melindungi kulit daripada kesan kerosakan UV dan melambatkan proses penuaan. Ia juga boleh membantu kulit kita kekal berseri dan kelihatan lebih muda.


Pencarian Wajah #InnerShine® Cantik SemulaJadi


InnerShine® kembali untuk tahun kedua dengan pertandingan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi2019, yang akan berlangsung bermula daripada 5 Mac sehingga 14 April 2019, dengan kerjasama eksklusif bersama Watsons.

Sempena peraduan ini, seramai 30 orang pelanggan Watsons berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM300 dan produk InnerShine® bernilai RM100. Daripada jumlah tersebut, lima pemenang akan diumumkan pada setiap minggu melalui laman Facebook dan Instagram.

Kalau berminat, korang hanya perlu membeli pek 12 botol produk InnerShine® di mana-mana rangkaian Watsons di seluruh negara atau dari laman web Watsons dan kemudiannya perlu mengambil gambar kreatif mengenai rejim penjagaan kulit masing-masing sambil memaparkan InnerShine® dan memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram bersertakan kapsyen kreatif serta tanda pagar #InnerShineCantikSemulaJadi2019.

Kesemua peserta perlu menyimpan resit pembelian, memandangkan para pemenang bertuah perlu menyerahkan resit tersebut sebagai pengesahan. Untuk mengetahui terma-terma dan syarat serta maklumat lanjut mengenai peraduan Pencarian Wajah #InnerShine®CantikSemulaJadi2019, sila layari laman web https://www.brandsworld.com.my/en/whats-new/contests/19-innershine-cantiksemulajadi.html

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian InnerShine® dan produk-produk BRAND’S® lain yang ditawarkan di Malaysia, sila layari laman web BRAND’S® di www.brandsworld.com.my. Jangan lepaskan berita-berita terkini mengenai rangkaian InnerShine® di Facebook (www.facebook.com/InnershineClub) dan Instagram (www.instagram.com/innershineclub).

1 comment:

  1. Dahla cantik, kulit bersih...
    Akk kalau nak tukar cermin mata je akk baru minum innershine ni hahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!