Monday, April 1, 2019

[Ramadhan Buffet 2019] De' Orchid Glass Hall, Plaza Metro Kajang


Bufet Ramadan di Kajang, Semenyih, Bangi | Bila menjengah kat Plaza Metro Kajang ni mmg teringat la kenangan lama...mana tak nya 3 tahun sepanjang ambil diploma di Beranang, mana lagi tempat nak outing kalau tak ke Kajang...masa tu Tesco Semenyih pun belum dibuka.

Tak sangka Sally dalam Plaza Metro Kajang dah ada hall yg cantik dan luas, tapi berita baiknya sbb tahun ni kali pertama ada bufet Ramadan tau di De' Orchid Glass Hall. Siapa yang tak kenal dengan D'jarilicious Catering, menu masakan melayu asli mereka mmg terbaik..



Serendah RM39.90, korang boleh hayati 40 jenis hidangan Nostalgia Melayu antaranya:

Gerai 1
Nasi Lemak Champion, sambal sotong, telur rebus, ikan bilis, kacang dan timun

Gerai 2
Kambing bakar, sate (hanya ada pada hujung minggu sahaja)

Gerai 3
Pelbagai jenis mee, bihun, kuey teow

Gerai 4
Pecal, Rojak Buah

Gerai 5
Kuih Muih

Gerai 6
Teh Tarik, Minuman panas

Gerai 7
Pelbagai jenis pilihan air

Gerai 8
Cendol dan ABC



Menu utama pula semestinya ada Nasi Beriani, nasi putih, ayam masak. merah, ayam goreng rempah, ayam cili, ayam masak kicap, ayam goreng rempah, daging rendang, daging maska hitam, gulai kawah, acar buah, papadom, lala, kupang, terung balado, ikan bakar, masak lemak ikan masin nenas, masak lemak pucuk ubi daging salai, kerabu mangga, kerabu kacang botol, dalca sayur, kurma telur dan ulam-ulaman.



De' Orchid Glass Hall boleh memuatkan 350 orang dalam satu-satu masa, dan yang lebih penting sekali sebab ada surau yang disediakan untuk semua pengunjung...tak payah la nak terkejar-kejar balik untuk solat sebab kat sini pun boleh mengerjakan kewajipan Maghrib dan Isyak.





Kalau korang tanya pada Sally, menu yang paling wajib cuba ialah Nasi Lemak Champion yg famous di Kajang! Kalau korang jenis suka sambal yang manis pedas, mmg sesuai sangat la...Sally juga suka dengan Pecal Sayur dan Masak Lemak Pucuk Ubi dengan Daging Salai.







De' Orchid Glass Hall, Tingkat 4, Plaza Metro Kajang

Harga (walk-in)
Dewasa RM45.90 / Kanak2 RM35.90

Harga (early bird : tempahan sblm jam 6pm setiap hari)
Dewasa RM39.90 / Kanak2 RM29.90

Instagram :www.instagram.com/djarilicious_catering/
Facebook :Djarilicious Catering
016 5098532 (Hotline)
016 9208532 (Amy)
016 6608532 (Farhan)

4 comments:

  1. Sally dan makan berpisah tiada hehe tapi murah lah harga dia berbaloi kan :)

    ReplyDelete
  2. dgn pilihan menu pelbagai tu..dpt harga bawah rm50 mmg murah la...lapar blk la tgk menu2 tu

    ReplyDelete
  3. Kita pun tak sangka Metro Kajang ada tempat macam ni. Mesti dah banyak berubah dah.

    ReplyDelete
  4. menu banyak harga murah boleh dtg berbuka dekat sini. yeaa

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!