Thursday, April 4, 2019

[Bukit Gambang Resort City] Active Academy




[Bukit Gambang Resort City] Active Academy | Kali terakhir Sally buat aktiviti yang aktif ni zaman kolej dulu...lepas tu mmg susah la nak dapat peluang...Masa ke Bukit Gambang Resort City, Sally tak lepaskan peluang untuk cuba semua aktiviti yang ada Active Academy mereka...sebab Sally mmg excited gila nak cuba Flying Fox mereka!





Active Academy (AA) menawarkan program 'teambuilding' dan rekreasi luar di BGRC. Modul teambuilding menawarkan pembelajaran berasaskan aktiviti pembelajaran dalam kerja berpasukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Semua aktiviti mereka akan mendorong kita untuk mencuba perkara baru di luar zon selesa kita dan mempelajari makna bekerja dalam pasukan dan mencari penyelesaian. Tak kisah la individu ataupun kumpulan, korang wajib cuba untuk Paintball (target shooting @ warzone), Flying Fox, ATV dan Kursus Rintangan.





Antara aktiviti yang ada:

↪ Field Management Games
↪ Obstacle Challenges
↪ Telematch Field
↪ Day & Night Jungle Trekking
↪ Problem Solving Puzzle
↪ Treasure Hunt/Explorace
↪ Flying Fox
↪ Paintball Warzone
↪ ATV Fun Ride
↪ Sky Trail
↪ Camping
↪ Survival Skill





Kalau korang nak cuba semua, Sally sarankan korang ambil pakej yang menawarkan peluang untuk menunggang kuda, memanah, Paintball Target Shooting dan ATV Fun Ride...Jimat dan lebih mudah!

Kanak-kanak (4 – 12 tahun): RM18
Dewasa (13 – 59 tahun): RM23
Warga Emas (60 tahun dan ketas): RM18

*Tempahan awal diperlukan untuk tempahan berkumpulan



Active Academy Park dibuka setiap Selasa - Ahad (8:30am – 11:30am & 4:45pm – 7:45pm), dan ditutup setiap Isnin kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah. Persembahan kuda akan diadakan pada pukul 9.30 pagi setiap hari.

11 comments:

  1. wah..menariklah..pakej dia xdela mahal mana pun....tq dear

    ReplyDelete
  2. Waaaa bestnyaa...rindu BGRC ..
    Sis pun masa tu pestime cuba semua, lebih-lebih lagi flying fox tu hahahaha jerit macam nak haper hahaha

    ReplyDelete
  3. Bestnya semua aktiviti dia. Walapun CR ni org phg, xbrksmptn lg nk try xtvt sana. Hari tu g berlari utk prgm funrun je.

    ReplyDelete
  4. seronoknyeeee... Last pegi tahun lepas.. leh ripit agik ni..

    ReplyDelete
  5. Hari tu zaza pergi dgn fmly tgk bahagian yg ada haiwan2 tu je.. Tak tau pun ada aktiviti mcm ni boleh join

    ReplyDelete
  6. Peegh bestnyaa.. Ada macam-macam aktiviti.. Pergi dengan kawan-kawna syok ni.. Bercuti pun beat

    ReplyDelete
  7. Rindunya nak ke BGRC lagi, hehe. Walaupun cuaca panas kemain kat sana, tapi syok dengan aktiviti2 dia.

    ReplyDelete
  8. Bestnya aktiviti kat bukit gambang ni. Hey bila la akak nak pergi ni

    ReplyDelete
  9. woowww.. ingatkan pi Gambang Resort tu. just rehatkan fikiran relaks dalam bilik aje.. rupanya ada macam2 aktiviti ye... bestt

    ReplyDelete
  10. Harga dia agak murah juga ya.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!