Thursday, April 4, 2019

Tiket konsert WESTLIFE di Kuala Lumpur akan mula dijual minggu depan!


Westlife The Twenty Tour 2019 'LIVE' Di Malaysia

Bohonglah kalau ada yang tak pernah dengar lagu Westlife. Bagi Sally yang membesar dengan menyanyi lagu popular mereka seperti ‘Uptown Girl’, ‘Flying Without Wings’, ‘Swear It Again’ dan ‘If I Let You Go’, bila dapat tahu yang Westlife akan ke Malaysia, mmg teruja!

Selepas hampir dua dekad, Westlife kembali menemui peminatnya di Malaysia. 'East Meets Westlife Tour di Malaysia' merupakan konsert terakhir mereka pada tahun 2000, dan kali ini MacpiePro dan Universal Music Malaysia berbangga dapat menjadi penganjur bagi konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia.

Walaupun tanpa kehadiran Brian McFadden, Westlife tetap memastikan persembahan mereka lebih hebat dan luar biasa!



Westlife kini terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane Filan. Album Westlife pernah menjadi album terlaris pada abad ke-21 dan sejak itu, mereka telah mengeluarkan 10 buah album studio dan single terbaru berjudul ‘Hello My Love’ yang dilancarkan pada Januari 2019. Ini telah berjaya mengukuhkan lagi nama kumpulan mereka dalam industri nyanyian antarabangsa selama 20 tahun.

Sepanjang tempoh itu, Westlife pernah memenangi 92 anugerah dan 20 pencalonan tambahan sepanjang bergiat aktif dalam bidang nyanyian termasuk kemenangan di Anugerah Brit, Anugerah Meteor, Anugerah Muzik Dunia dan Anugerah Muzik Eropah MTV. Konsert jelajah ini bakal menyaksikan Westlife mempersembahkan lagu terbaru dan kesemua 14 lagu hits UK No.1 mereka termasuk 'Swear It Again', 'Flying Without Wings', 'You Raise Me Up' dan 'I Lay My Love On You'.

Lebih mengujakan, konsert ini juga bakal menjadi persembahan pertama mereka sebagai satu kumpulan sejak persembahan terakhir mereka di Croke Park, Dublin pada 23 Jun 2012.
Jelajah ini dinamakan ‘The Twenty Tour’ kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!



Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia

Tarikh: 8 dan 9 Ogos 2019
Lokasi: Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam
Masa: 8.30 malam.
Harga tiket :
🖤 ZON VIP - RM693
❤️ ZON MERAH - RM573
💛 ZON KUNING - RM483
💜 ZON UNGU - RM373
💚 ZON HIJAU - RM273

Jadual Jualan Tiket Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia :
Tiket Pra-Jualan: 13 April 2019, 11am di Atria Shopping Gallery
Jualan Tiket Online: Bermula 14 April 2019, 12pm di Laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) & aplikasi MMspot


Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro
Facebook: www.facebook.com/MacpiePro
Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Media sosial Universal Music Malaysia
Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY
Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia

2 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!