JASON MRAZ GOOD VIBES TOUR IN KUALA LUMPUR (2019)




Asyik cerita pasal konsert KPOP je kan...disebabkan nak tunggu Westlife macam agak lambat lagi. jadinya kita jumpa Jason Mraz dulu sebelum tu ya! Hahahaha

Debut pada tahun 2002 dengan album pertamanya "Waiting For My Rocket To Come", Jason Mraz mula menempah nama selepas itu. Jason Mraz juga pernah memenangi beberapa anugerah platinum dan memecahkan rekod dengan lagu-lagu single yang sangat popular seperti “I’m Yours” dan “I Won’t Give Up”, dan juga pernah memenangi dua anugerah Grammy dan banyak lagi!

Jelajah pada kali ini adalah salah satu rangka promosi album studi terbarunya, KNOW yang telah dilancarkan ada 10 Ogos 2018, yang lepas.



Jason Mraz: Good Vibes Tour 2019 in Kuala Lumpur

Tarikh : 13 Mei (Isnin)
Masa : 8:30pm
Lokasi : Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Harga Tiket : RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 and RM698 (VIP)
Tiket boleh dibeli sekarang di www.myticket.asia



Nak menonton konsert Jason Mraz Good Vibes Tour in Kuala Lumpur secara PERCUMA?

Sally nak ajak korang sertai peraduan ‘Love Is Still The Answer’ Snap & Win Photo Contest dan korang mungkin akan menjadi salah seorang daripada 12 pemenang yang akan mendapat sepasang tiket VIP yang bernilai RM698 setiap satu.

Apa yang korang perlu buat?

Hanya perlu muat naik sekeping gambar dengan tema "what love means to you" di media sosial dan jangan lupa hashtag #LoveIsStillTheAnswerPhotoContest dan #JasonMrazLiveInMalaysia

Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 in Kuala Lumpur dibawakan oleh Great Eastern Life Malaysia dengan kerjasama Aco Media Sdn Bhd dan The Rock Promotions.

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!