Monday, March 4, 2019

Selera Indonesia di Nook, Aloft KL Sentral [Bufet Ramadan 2019]



[Bufet Ramadan 2019 | Nook, Aloft KL Sentral] Sebagai Tahun 2019, Nook, Aloft KL Sentral membawakan seleksi Selera Indonesia dan juga makanan asli Malaysia untuk bufet Ramadan mereka. Joms Buka @ Nook akan bermula pada 7 Mei sehingga 3 Jun 2019 bermula jam 6.30pm - 10.30pm setiap hari. Harga bufet pula hanya RM138/pax untuk dewasa.



Lebih 150 jenis juadah boleh dicuba dalam rangkaian bufet Ramadan yang telah disediakan oleh Sous Chef, Ahmad Zaki Harun and Sous Chef Junior, Muhammad Hafiz Izham. Macam biasa la kalau pergi bufet Ramadan, yang paling dinantikan mestilah kambing. Di Nook, korang boleh cuba Kambing Bakar Bumbu yang dimasak selama hampir 2 jam untuk mendapatkan tekstur yang lembut berjus.



Bubur Lambuk (tak payah nak beratur sakan kat masjid sebab nak bubur lambuk...kat sini pun ada), Sup berempah (boleh buat ikut selera kita, nak daging ke ayam ke ekor je...as you wish!)



Selain daripada itu, jangan lupa cuba Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempe Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah.



Sally lupa nak ambik gambar pelbagai jenis sambal yang turut sama disediakan antaranya Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi dan Sambal Bawang. Kalau korang jenis yang makan nasi masa berbuka puasa, ada Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang boleh dimakan dengan Nasi Kebuli, Nasi Jagung Madura serta Nasi Kuning.





Tak lengkap la rasanya kalau Selera Indonesia takde Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai jenis Keropok. Kalau ada semua ni barulah meriah meja makan, baru lengkap Selera Indonesia kita..hehe





Daging Sapi Gongso



Murtabak



Warong Satay

Selain daripada menu masakan Indonesia dan Malaysia, ada juga menu selingan menu barat dan masakan Cina serta India antaranya Ketam Kam Heong, Stir-fried Black Pepper Beef, Szechuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Lamb Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Kurma Kambing), Spicy
Mutton Masala, pizza, Jade Fish Picatta with Mexican Corn Salsa, Vegetable Lasagna dan Pan Seared Fish Fillet.





Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.



Tak lengkap bufet kalau takde menu pencuci mulut, di Nook korang boleh cuba Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling, Bubur Sumsum, Sago Air Gula dan Kolak Ubi (Indonesia). Selain daripada tu ada juga Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies, Apple Crumble, Banana Bread serta Butter Pudding dengan Sos Vanila, ABC (Air Batu Campur), Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake dan Fruit Berries Tart.

Promosi Early Bird untuk bufet Joms Buka @ Nook Selera Indonesia boleh juga didapati bermula 1 April - 3 Mei 2019 dengan harga RM105 (untuk pembelian 1 - 35 vouchers) dan RM95 (untuk pembelian 36 voucher keatas)

Untuk tempahan serta sebarang pertanyaan, boleh hubungi (60) 3 2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

4 comments:

  1. memang sedap
    dalam kenyang pun boleh lagi makan dan rasa sedap
    tambah2 Hans 1st time makan dekat sini
    memang recommended

    ReplyDelete
  2. sedap tuu selera indonesia...rasa macam makan kat nasi padang agaknye ek

    ReplyDelete
  3. Meriah betul menu dia. Memang boleh tersandar kekenyangan kalau cuba semua.

    ReplyDelete
  4. Meriah betul ni, macam macam menu ada. Semua nampak sedap pulak tu.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!