Saturday, March 16, 2019

Sedapnya bento di The Green Market @ klia2!








Haiiii korang! Selalunya kalau Sally ke klia2, kalau tak lepak dekat Starbucks memang tak sah...lagi-lagi sejenis yang malas nak teroka airport...tapi Sally terjumpa satu kedai makan yang menyediakan makanan yang segar...ok tak tipuu...sebenarnya Sally dapat tau ada makanan Korea dekat sini...hahaha

Honestly, The Green Market ni agak tersorok sikit daripada pandangan mata...tapi kalau korang ada banyak masa, dekat area departure/arrival tu pusing-pusing la sebab ada banyak kedai makan tau...The Green Market basically modern, casual Japanese restaurant serving all-day set menu, but ada jugak Korean and Western food.



At first ingat nak makan Korean food, tapi bila nampak ada choice of bento terus rasa nak cuba...So, sebagai permulaan kita kena la order air kan...Sally pilih Pink Guava dengan Greentea/Matcha.



Tadaaaaa...haaa...yang ni Salmon bento, dalam set dia mmg complete la ada sayur, ada nasi, sup, buah-buahan. Yang paling best sebab salmon dia segar sangat...Sally dah la peminat ikan salmon...dia punya happy tuu tak terkata...hahahaha...cuma Sally tak berapa suka dengan rasa sup miso dia...a bit weird...haha

Kalau korang nak tau, The Green Market ambil supply sayur-sayuran direct daripada pengusaha di Cameron Highlands untuk memastikan semua sayuran tu fresh, berkualiti tinggi dan mendapat supply yang berterusan.



Yang ini special request, gabungan Chicken Karage & Garlic Fried Rice. Part paling sedap tu nasi goreng...serius rasa menyesal pun ya jugak sebab tak pilih yang ini...Chicken Karage dia pun well-marinate, juicy walaupun garing...



Tadi Sally share Greentea/Matcha yang sejuk kan...punya la tak puas hati sebab sedap sangat...Sally request pulak yang panas...sedap sangat wehhh...seriusss....So guys, make sure datang sini kalau korang macam craving nak makanan yang fresh dan simple...salad, noodles...everything!

📍 Departure Level, Public Concourse, klia2
⏰ 0500Hrs – 0100Hrs daily
📞 03 – 8778 7103

6 comments:

  1. amboi comelnya bento depa. ehehe menggoda =D

    ReplyDelete
  2. Halah halah sally. Nyesal pulak bukak time ni. Okeh bookmark jugak la. Mana tahu ada masa boleh lepak kat sini pulak hehe. Nampak best berbento ni.

    ReplyDelete
  3. ya Allah terliur nya lah tengok gambar hahahah

    ReplyDelete
  4. uish, matcha tu menggoyahkan iman seketul sunah..hahahah

    ReplyDelete
  5. woww.. kalau baca review sally kata semuanya fresh.. tb pulak rasa nak try.. kalau pi sana nanti boleh la singgah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!