Thursday, March 28, 2019

Resipi Stew Daging Yang Mudah Tapi Sedap.


Beef Stew | Dah lama tak share resipi...Lately ni malas betul nak memasak benda baru...selalunya kalau tak sup, masak kicap, goreng kunyit, masak sambal...itu jela yang rotate dalam seminggu, lepas tu kalau pergi food review dah memang tak masak dah..hihi

Kebetulan masa cuti sekolah Sally kena jaga anak buah sebab sekolah dan daycare dia tutup sepanjang cuti sekolah...kakak Sally pulak tgh pulun nak habiskan puasa ganti dengan puasa nazar dia, jadinya memang Sally la kena memasak selalu..

Nak masak tu takde masalah, datang masalah dia bila nak kena masak benda yang Sally tak pernah masak tu yang masalah, ok...malas sebenarnya...tapi gigih jugak la Google resipi sebab nak tunaikan permintaan org yang berpuasa...gittew~

Stew Daging Yang Mudah Tapi Sedap



Bahan-bahannya:

A
1 sudu besar minyak masak/minyak jagung
1 sudu besar tepung gandum
350g daging yang di potong dadu

B
1 biji bawang Holland, dipotong dadu
10 ulas bawang putih, lebih banyak lebih sedap
1 sudu besar serbuk Oregano
1 sudu besar serbuk Thyme
2 helai daun Bay
2 sudu besar serbuk Paprika
600 ml air atau rebusan daging
1 sudu besar pes tomato
¼ cawan sos Tomato
2 kiub pati lembu

C
1-2 biji kentang, di potong dadu
1 batang lobak merah, di potong dadu
1-2 batang saderi, di potong dadu
atau lain-lain sayuran yang digemari boleh masukkan

Cara-cara nak masak:
1. Gaulkan bahan A dan masak dalam periuk sampai agak-agak kering atau daging lembut, kalau takut daging keras boleh rebus dulu dan simpan air rebusan tadi.
2. Lepas dah masak bahan A, alihkan dan tumis semua bahan B pula, masukkan air dan kiub pati lembu, masukkan pes tomato dan sos tomato, kemudian terakhir sekali masukkan daging (Bahan A) tadi.
3. Lepas dah agak menggelegak tu, masukkan semua bahan C dan kacau lagi. Kecilkan api dan biar mereneh seketika sampai la kuah jadi agak pekat. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah lagi air.
4. Siap, boleh makan dengan nasi atau cicah dengan roti. Sedapnya!

2 comments:

  1. raya nanti buat eyh ? insyallah nak pergi terjah edisi raya hehe..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap! Next time bolehlah pula masak untuk kita pula eh? hehehe :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!