Monday, March 18, 2019

Pop-Up Store Doraemon kembali ke gateway@klia2!




Haiiii...pembaca blog Sally atau yang kenal Sally kat luar mesti tau yang Sally mmg peminat Doraemon...Bahkan #TravelingDoraemon pun dihasilkan sbb obsesi Sally kepada animasi terkenal daripada Jepun ni..

Kalau sebelum ni Pop-Up Store Doraemon berada di Paradigm Mall, Johor Bahru tahun lalu, serta kemunculan kedai sementara di Paradigm Mall Petaling Jaya, kini Animation International (M) Sdn Bhd membawakan keseronokan yang sama ke pusat membeli-belah gateway@klia2 yang dibuka dari 7 Mac hingga 28 April 2019.



Selain daripada itu, ada 30 patung figura mega Doraemon pada saiz manusia dibawa dan ditempatkan di beberapa kawasan di dalam gateway@klia2, dan peminat boleh membeli pelbagai jenis cenderahati termasuklah cenderahati edisi terhad di pop-up store ini. Jangan risau sebab masuk adalah percuma dan dibuka untuk pengunjung umum.



Pop-up store mega ini adalah yang pertama diadakan di lapangan terbang dan dijangka mampu mendorong sektor pelancongan Malaysia dengan menarik minat pelancong yang mendarat di KLIA2. Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada pelancong dari seluruh dunia, tetapi juga peminat Doraemon dan pembeli dari kawasan sekitar seperti Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Bangi dan Sepang.







Sally pun habis RM200 dekat sini semata nak beli barangan ekslusif Doraemon...hehehe...tapi Sally ada orang yang belanja laa...hahahaha...So, kalau korang peminat Doraemon macam Sally ataupun korang akan terbang ke mana-mana atau kebetulan ada di sekitar klia2, jangan lupa singgah tau...Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila layari laman Facebook rasmi Doraemon Malaysia di pautan ini: www.facebook.com/DoraemonMY

10 comments:

  1. Ya ampun.. Comelnya barangan doraemon ni..
    Kalau anak anak kita nampak ni, pegang tak lepas dah ni. Haha

    ReplyDelete
  2. Cutenya.. Nak botol doremon tu berkenan.. Tapi jauh nak pergi.. Huwaaa

    ReplyDelete
  3. I want to check this place too! I'm a Doraemon fan

    ReplyDelete
  4. Makanya, happy lah seorang kak Sally :D

    ReplyDelete
  5. Kemain shopping sampai rm200 beli barang eksklusif doraemon saja dia ya

    ReplyDelete
  6. Pop-Up Store Doraemon ni dibuka ikut giliran tempat ke ye.. kat setapak bila lagi? heeee..

    ReplyDelete
  7. Syoknyaaa. Ini kalau bawak anak2 buah, confirm tak nak balik. Silap2 beratus jugak la duk menyopping sini.

    ReplyDelete
  8. Yeah!!! nanti on the way back to KL i singgah, I like the umbrella.

    ReplyDelete
  9. kite yang minat Doraemon yang so so je ni pun rasa truja. macam mana ni ?
    rasa nak beli je yang comel2 tu..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!