Main Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) PERCUMA dengan Yoodo!


Siapa yang mesti ada game dalam smartphone dia? Siapa yang main PUBG??

2019 ini permulaan kepada e-sukan mula dikenali dan di iktiraf di Malaysia. Kalau dulu orang cakap tak ada faedah main game, sekarang ni kalau main game pun dah boleh jana pendapatan dan menjadi aktiviti yang berfaedah.

Yoodo - perkhidmatan digital mudah alih yang pertama di Malaysia yang tampil memberikan sokongan kepada para pemain dan e-sukan ke peringkat seterusnya dengan mengumumkan dua pengumuman yang menarik.

Jika sebelum ini mereka meraih kejayaan dengan penajaan mereka di Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE National Championship (PMNC) pada awal tahun ini, Yoodo kini mengumumkan bahawa mereka mempunyai pasukan rasmi dan juga akan mengadakan pertandingan dan akan memberikan ganjaran kepada PUBG MOBILE terbaik Malaysia.


Jangan risau sebab ada dengan Yoodo korang boleh main PUBG secara percuma...Dah tak payah takut data habis ke, nak kena top-up ke apa (boleh rujuk sini)...dan kalau korang memang pemain tegar, korang kena berkenalan dengan Gank FTY, team Yoodo Gank (pasukan rasmi PUBG e-sukan Yoodo).

Sally rasa mostly yang main PUBG mesti kenal dengan mereka ini, mereka terdiri daripada:

↪ Aiman Amirul Bin Mohd Said (ManParang) - 22 tahun [Kapten Pasukan]
↪ Mohd Hazim Bin Abd Hamid (Jimboy) - 25 tahun
↪ Abdul Azim Ikromi Bin Abdul Rashad (Draxx) - 20 tahun
↪ Mohammad Hafizi Bin Baharudin (Geek) - 23 tahun.


Kalau korang nak tau, PUBG MOBILE adalah salah satu permainan paling popular di dunia dengan 30 juta pengguna harian aktif di seluruh dunia. Yoodo berharap melalui Yoodo Gank , Malaysia bakal menjadi pencabar sebenar dalam permainan ini.

Memperluas lagi misi ini, Yoodo akan memperkenalkan Beat-the-Champions, secara bulanan dalam kejohanan secara atas talian di mana pemain PUBG MOBILE dari seluruh negara akan mencuba untuk mengalahkan Yoodo Gank, seterusnya menjadi juara untuk mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM600 dan RM50 Kredit Yoodo.

Kejohanan ini akan bermula pada 28 Mac 2019, dengan 2 pusingan berdasarkan sesi pemarkahan standard PMNC 2018 dan dengan markah tambahan jika dapat membunuh Yoodo Gank. Kalau korang berminat nak join, pastikan korang bersedia 2 jam lebih awal sebab akan ada siaran langsung daripada Facebook rasmi Yoodo.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Yoodo atau laman web rasmi Yoodo.

Post a Comment

8 Comments

  1. Zaza still tak reti main pubg haha.. Byk kali ank buah ajar tp tak pandai jgk.. Alih2 malas main haha.. Tp tgk best juga games ni

    ReplyDelete
  2. Baru Tau pasal PUBG Ni. Menarik! Nak try nnti

    ReplyDelete
  3. x main PUBG tapi kalau bdk2 PUBG tau story ini memang sonok betul depa kan. percuma kotttt

    ReplyDelete
  4. Lol, seriously emi baru tahu PUBG ni adalah singkatan untuk Player Unknown’s Battlegrounds.

    ReplyDelete
  5. Akak tak main pubg.. kang kalau dah ngadap tak ingat dunia.hahaha. .bagus yoodoo ni buat promosi macam ni untuk tarik minat pelanggan

    ReplyDelete
  6. Pergh syokla siapa yang main pubg ni.. Data percuma ada hadiah lagi.. Siapabtak tau memg rugi sangat ni...

    ReplyDelete
  7. Oh yes, i played PUBG before and it's more fun playing in a group.

    ReplyDelete
  8. Tak minat game ni, zira suka game yang macam budak2. Haha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!