Festival Kebudayaan Perancis; Le French Festival 2019 kembali ke Malaysia!




Rasa macam baru je Le French Festival 2018 tiba di Malaysia, diam tak diam...Le French Festival 2019 (Edisi ke-18) telah kembali ke Malaysia...Ianya merupakan acara tahunan Perancis yang terbesar dan terkemuka di Malaysia yang akan berlangsung bermula 4hb April hingga 12hb Mei.

Seperti tahun-tahun lepas, acara tahunan ini akan mempersembahkan beberapa program termasuk tayangan filem Perancis, konsert muzikal, teater dan persembahan siaran langsung, pesta makanan, dan lain-lain lagi.

Entri berkait : Festival Kebudayaan Perancis; Le French Festival 2018 kembali ke Malaysia!



Minggu lepas, Sally bersama rakan media yang lain telah menghadiri majlis Sidang media Le French Festival 2019 yang telah diadakan di GCS Mid Valley Megamall. Untuk pengetahuan korang, Le French Festival (LFF) dianjurkan oleh Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia.

Selain daripada majlis sidang media tu, Sally juga berpeluang untuk menonton antara filem terbaru yang akan mereka tayangkan sempena Le French Festival 2019 yang bertajuk "Edmond". Filem ini sangat-sangat la Sally rekemen korang untuk tonton kalau berkelapangan...Mmg kelakar dan best jalan cerita dia. Sally sertakan link trailer dia untuk korang tonton.




Dan buat kali pertama dalam sejarah LFF, Alliance Française (AFKL) dan Kedutaan Perancis di Malaysia juga akan bekerjasama dengan syarikat teater di Malaysia; KL Shakespeare Players (KLSP) untuk mencipta semula karya “Cyrano de Bergerac” (“The Story of Cyrano de Bergerac”) yang dianggap sebagai drama yang paling terkenal di teater Perancis.

Kalau korang menonton filem "Edmond" seperti saranan Sally, korang akan faham watak sebenar Cyrano de Bergerac yang akan ditonjolkan didalam pementasan ini. Sally pun teruja nak tonton, hopefully masih ada tiket yang tinggal...Jumpa korang di Damansara Performing Arts Center (DPAC) tau! Hehe



LFF 2019 juga akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:

↪ French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem Perancis yang memenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris)
↪ Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik Perancis
↪ Pertunjukan teater dan tarian secara langsung
↪ Acara Art de Vivre termasuk merasa makanan & minuman Perancis, kelas memasak dan banyak lagi!

Beberapa acara menarik lain untuk ditinjau di LFF 2019 termasuk:

↪ "FUNAN" – Nikmati filem animasi Perancis yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Annecy Animated Film Festival 2018, yang ditulis dan diarahkan oleh pembikin filem berbakat Perancis, Denis Do.
↪ "Paris, oleh Lorànt Deutsch" – Perjalanan di sepanjang sungai Seine dengan pelakon dan penulis Perancis terkenal Lorànt Deutsch dalam pertunjukan teater yang meriah.
↪ "Exit" – Persembahan hip-hop luar biasa yang lucu, oleh Art Move Concept.
↪ Pameran Seni Pop "Brand New World" – Mengagumkan karya artis Perancis kontemporari Argadol yang dibuat secara eksklusif untuk Festival Perancis Le 2019 yang menggambarkan cabaran global semasa melalui Visual dan Street Art yang menakjubkan.
↪ Bengkel roti artisan dengan PAUL – Pelajari untuk membuat roti Perancis secara langsung dari Master Bakers PAUL, Duta seni de vivre Perancis.



Peminat pesta boleh menantikan Le French Festival 2019 di bandar-bandar dan tarikh di bawah:

· Kuala Lumpur : 4 April – 28 April
· Penang : 25 April – 5 Mei
· Johor Bahru : 2 Mei – 5 Mei
· Kota Kinabalu : 9 Mei – 12 Mei

Sharifah Amani merupakan tetamu khas dan penyokong setia dan penggemar filem Perancis.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lefrenchfestival.com.my, Facebook: facebook.com/lefrenchfestivalmy, Instagram: @lefrenchfestival_my

Post a Comment

5 Comments

  1. Zaza mmg pengemar cite english.. Tgk poster tu pun mmg terasa nak tengok filem tu nanti.. Filem edmond tu ada tayang kat pawagam ke

    ReplyDelete
  2. Wah macam macam program ada di festival perancis ni ya. Siap ada tayangan filem lagi tu .Best best

    ReplyDelete
  3. wah.. ternampak tentang filem animasi Funan kat atas tu.. teringin nak tengok yang tu.. hee

    ReplyDelete
  4. Wah I checked out some of the movies also want to go to watch some french movies

    ReplyDelete
  5. seriously tak pernah tahu Malaysia ada event cemni. tp jauhnyee wak kalo kite nak pergi. sob sob..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!