Friday, March 22, 2019

[Bukit Gambang Resort City] Bukit Gambang Water Park




[Bukit Gambang Resort City] Tak sah la kalau pergi Bukit Gambang tapi tak masuk ke Bukit Gambang Water Park kan? Istimewanya BGWP ini ialah ianya dibina di kawasan berbukit semulajadi seluas 46 ekar.

Selain daripada tu, BGWP juga telah dianugerahkan "Best Large Water Park" pada tahun 2011 oleh MAATFA (Persatuan Taman Tema Hiburan & Keluarga Malaysia).



Coco Beach
Coco Beach merupakan pantai buatan yang dihiasa dengan pasir putih sama macam dipesisir pantai dan ada cabana yang diperbuat daripada kayu dan semestinya pokok kelapa yang menghiasi sekitar kawasan tu...mmg terasa macam pantai sebenar la...sebab ada Wave Pool & Lagoon.

Wave Pool kat sini ada 8 jenis ombak dan salah satunya ada yang sama macam ombak masa Tsunami...Lain daripada yang lain. Wave Pool ni seluas 24,000 sq.ft. dan merupakan Wave Pool terbesar di Malaysia.

Penguin Island
Direka khas untuk kanak-kanak, disini ada replika slides untuk orang dewasa dan ada juga pelampung (tubes) yang sesuai untuk ibu bapa/dewasa dan kanak-kanak.

⏩ Kids Slide
⏩ Kids Splash Pool
⏩ Adult Leisure Pool
⏩ Aqua Play
⏩ Glacier River – Journey Of Ice
⏩ Garden Terrace
⏩ Lake View Terrace
⏩ Telematch Pool




Wooden Cabana

Disini juga mereka menggunakan transakti tanpa tunai...Yela, mesti susah nak main air tapi nak bawak duit tunai kan...Jadinya ada CASHLESS TRANSACTION (E-VALUE), untuk korang guna semua fasiliti yang ada contohnya macam nak guna loker, nak beli makanan atau minuman, nak sewa pelampung dan sebagainya.

Korang akan dapat PREPAID WRISTBAND, yang mana korang boleh top-up amaun yang korang nak, dan semua baki yang tidak digunakan akan dipulangkan semula, tanpa ada cas atau deposit.


Family Raft Ride

WATER SLIDES
Di sini juga ada 5 jenis water slides yang sesuai untuk seisi keluarga...tapi ada minimum tinggi yang korang kena patuhi la...kalau kanak-kanak terlalu kecil pun tak sesuai sebab sangat ekstrem la semua water slides dia...

Tree Top Hill Slides
⏩ 6-Lane Racer
⏩ Family Raft Ride
⏩ Crystal Slides
⏩ Galaxy Slides
⏩ Canopy Slides


6-Lane Racer



Selain daripada aktiviti air, korang juga boleh sama-sama main bola tampar pantai. Pandai ke tak pandai ke asalkan dapat tampar bola pun dah cukup baik dah...hahahaha

Di salam ini juga disediakan surau untuk Muslim menunaikan solat Zuhur atau Asar, ada bilik kecemasan dan bermacam fasiliti yang lain. Pendek kata kalau korang habiskan masa separuh hari di dalam ini pun takde masalah.

Harga tiket:
RM18 (Kanak-kanak berumur 4-12 tahun, warga emas berumur 60 tahun dan keatas)
RM28 (Dewasa berusia 13-59 tahun)

Masa beroperasi:
Isnin, Rabu, Khamis : 11.00am – 6.00pm
Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum/Cuti Sekolah : 9.30am – 6.30pm
TUTUP PADA SETIAP HARI SELASA KECUALI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH

Untuk pembelian tiket : bgrc.com.my/product/bukit-gambang-water-park-ticket/

3 comments:

  1. dua tiga kali lalu je Bukit Gambang ni Sally belum ada rezeki nak masuk :)

    ReplyDelete
  2. lamanya tak pi gambang. Last pi masa anak-anak kecik lagi

    ReplyDelete
  3. dua kali plan nak pi.. x pi pi hahaha.. kena tunggu brapa kali plan pun tatau la.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!