Friday, March 29, 2019

2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR


Hey korang, #KakakKimchi korang kembali dengan berita gembira sebab GFRIEND bakal datang ke Malaysia buat pertama kalinya!! MacpiePro dengan bangganya telah diumumkan sebagai penganjur rasmi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR.



Kalau korang yang tak kenal GFRIEND, mereka adalah salah satu kumpulan wanita paling popular di Korea yang bernaung di bawah Source Music dan terdiri daripada enam ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan sehingga sekarang mereka telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea.

Kesemua album GFRIEND diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’
dan pernah memenangi anugerah 'Artis Wanita Baharu Terbaik' 2015 di Anugerah Muzik Melon.

Selain daripada itu, mereka turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul. Sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’ 2018 di Anugerah Muzik Melon.

Lagu berjudul ‘Me Gustas Tu’ dari mini album kedua GFRIEND telah berjaya mencapai 100 juta penstriman dalam carta Gaon pada tahun 2016. Malah satu lagi lagu hit mereka, 'Rough' turut menduduki tempat pertama dalam carta platform muzik digital bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016.

GFRIEND juga pernah menjadi fenomena dengan memenangi bebanyak 29 kali di rancangan muzik Korea pada tahun 2016, sekaligus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang meraih kemenangan paling banyak dalam masa setahun.



2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR

Tarikh: 29 Jun 2019
Lokasi: Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam
Masa : 6pm

Jadual Pembelian Tiket & HITS Deal

HITS Deal
30 Mac – 7 April 2019 (10am)
Kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi Mcalls (mcalls.asia)

Jualan Tiket Offline
6 April – 7 April 2019 (12pm)
Kedai gaya hidup digital Mcalls

Jualan Tiket Online
8 April 2019 (12pm)
Laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) & MMspot Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.

Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP).



Berita baik untuk BUDDY sebab di zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada peminat. Fans yang membeli tiket bagi mana-mana zon dari portal tiket rasmi dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah.

Mcalls adalah Penaja Titanium bagi
2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR


Mcalls Fans berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga tiket 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR apabila melanggan Mcalls HITS 360. Mcalls HITS 360 memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama dan kedua dengan diskaun 30% bagi Zon BUDDY RM398 atau Zon Merah RM338.

Bagi pembelian tiket ketiga dan keempat, Fans boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS.

5 comments:

  1. tau 1/2 lagu je dari diorang ni.. n tengok depa mai Running Man baru kenal. tapi lagu sedap2 jugak catchy2..

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi jumaat...
    ini siapa yg minat korea,boleh la join

    ReplyDelete
  3. Kak Sally pergi ke tak yang ni nanti?

    ReplyDelete
  4. My favourite group finally coming to Malaysia. Niat nak pergi tapi kena tengok dulu macam mana 😊

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!