Dah cuba Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris?


Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris | Sebut je pasal Enchanteur, memang tak asing lagi dalam dunia wangian kat Malaysia ni...selain daripada range dia yang pelbagai, dan harga yang mampu milik...Enchanteur selalu tampil dengan koleksi yang baru dan sentiasa memberikan kelainan kepada peminatnya, mengikut kesesuaian dan kehendak rakyat Malaysia...

Perempuan dan haruman tu sahabat baik tau, jadi tak hairan la kalau ada yang mengimpikan nak mandi dengan parfum! Tapi macam tak masuk akal la pulak kan, hehehe...jangan risau sebab Enchanteur Paris dan keluarkan Gel Mandian Wangian yang diilhamkan daripada haruman 3 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour, Mon Amie dan Adore.


Jujurnya Sally peminat Enchanteur Paris Adore, tapi lepas sekali bau Mon Amie terus jatuh hati juga! Formulasi bebas sabun dan paraben serta diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan serta melembutkan kulit...Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris juga membersihkan dan menjadikan kulit kita kekal sihat dan berbau harum.

Sally suka sangat sebab bila guna Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris, bau dia yang wangi tu buat kita segar dan mengecas semula tenaga kita yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.


Selain diperkaya dengan pati minyak lemon dan menthol, bau Mon Amie sangat segar dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Bayangkan masa mandi tu kita rasa segar sejuk je kan...memang hilang tekanan seharian kita bekerja, kita menumpuh traffic jammed dan sebagainya.

Selain daripada waktu tidur yang cukup, makan makanan yang sihat, nikmati la waktu belaian romantis mandian yang berkualiti dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris bagi mendapatkan keselesaan fizikal dan mental.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga RM16.75 (Semenanjung) dan RM17.55 (Sabah/Sarawak), di Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. wangi.. tak kira bau apa dari enchanteur. semua wangi2 kan. TB paling suka yang romantic tu sebab kenangan dan memori time zaman kerja dulu mai bila dapat bau dia..haha

    ReplyDelete
  2. Belum cuba Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris yang terbaru ni. Nampak sangat ok, nanti sis beli kat kedai.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!