Wednesday, February 27, 2019

BLACKPINK 2019 WORLD TOUR with KIA [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR




Walaupun dah 3 hari berlalu, tapi konsert BLACKPINK masih lagi menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Konsert yang menghimpunkan hampir 16,000 orang sepanjang dua hari ianya berlangsung (Sabtu dan Ahad) yang lepas. Sebagai #KakakKimchi korang, Sally mmg tak lepaskan peluang la nak pergi konsert ni sebab ianya menjadi konsert KPOP pembuka tirai 2019 la.

BLACKPINK 2019 WORLD TOUR with KIA [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR telah dianjurkan oleh MacpiePro, diperkasakan dengan penaja rasmi; Kia, penaja Titanium; Mcalls serta para penaja lain seperti KyoChon, The Manhattan FISH MARKET, INTI International University & Colleges, Marigold Peel Fresh, Atria Shopping Gallery, Thermaltake, Acer, The Alley, Rotho, Shopee dan Tao Kae Noi.



Mula meningkat naik selepas pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016, BLACKPINK yang terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia.

Untuk konsert kali ini, BLACKPINK telah mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo daripada setiap ahli kumpulan dan remix. Antara lagu yang dipersembahkan termasuklah:

1. DDU DU DDU DU
2. FOREVER YOUNG
3. STAY remix ver.
4. WHISTLE
5. CLARITY - JISOO
6. INTRO + TAKE ME + SWALLA - LISA
7. LET IT BE + YOU & I + JUST LOOK AT ME - ROSÉ
8. SOLO - JENNIE
9. KISS & MAKE UP
10. SO HOT
11. PLAYING WITH FIRE
12. REALLY reggae ver.
13. SEE YOU LATER
14. 16 SHOTS
15. BOOMBAYAH
16. AS IF IT'S YOUR LAST
17. DDU DU DDU DU - ENCORE
18. STAY original ver.- ENCORE





Persembahan semala 2 jam tu memang tak terasa la...Walaupun Sally bukannya peminat tegar BLACKPINK, tapi mmg boleh rasa la aura dorang ni lain daripada artis berkumpulan wanita yang lain. Bayangkan 8,000 orang pada hari pertama, which is konsert pertama yang sold-out tiket sampai terpaksa tambah sehari lagi...mmg BLINK (Official FanClub) Malaysia mmg terbaiklah semangat masing-masing!

Sebagai selingan la, kalau korang nak tau...BLACKPINK merupakan satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.



Sally harap lepas ni ada lebih banyak artis KPOP daripada YG Entertainment yang datang ke Malaysia, eh...jangan la YG je...yang lain pun datang la sekali...hehehe

DDU-DU DDU-DU ~ BLACKPINK ~ Aye aye ~ BLACKPINK ~ Aye aye ~

Kredit gambar : YG Entertainment

13 comments:

  1. Your photos for the concert look so good! My friend is a hardcore fan and went to the sound check twice lol

    ReplyDelete
  2. hihihi...akk tahu lagu dia yg ni je DDU DU DDU DU...hehehe

    ReplyDelete
  3. Kenal blackpink ni sbb ank buah bgthu dulu, dia la yg nyanyi duu duu duu tu.. Sedap jgk lagu2 mereka ni kan..

    ReplyDelete
  4. Kak Sally duduk dekat zone mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak seating zone.. Kali ni malas nak seludup kamera sbb tak dpt standing zone

      Delete
  5. ramai peminat diaorang kat sini..Budak2 sekolah rendah pun tahu lagu diaorang.

    ReplyDelete
  6. kak Rose suka black pink.. minat lagunya dan dan personaliti ahli black pink. kalaulah ade peluang, bestnya tengok live!

    ReplyDelete
  7. Sejenis tak ambil kisah bab konsert dari luar, dan sebenarnya tak berapa kenal artis luar.
    Haritu org dok kisah blackpink tu apa la.. Rupanya konsert yang bakal diadakan rupanya. Hehe

    ReplyDelete
  8. Kita tak tau sangat pasl artis korea ni.. Tau black pink pun sebb yang budak2 joget tu dan lagu tu sedp.. Lagu lain tak tau.. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Eh sally pergi eh hari tu? Bestnyaaa. Emi takla peminat tegar dorang ni. Tapi kalau sesekali dapat join syok gak.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dpt pegi, zira suka lagu dia best. Pernah malas senam tp buat tarian dia kat rumah. Fuhh penat jugalah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!