Wednesday, December 26, 2018

Macam mana bayar zakat secara online?



Sebagai umat Islam, kewajipan membayar zakat merupakan antara Rukun Islam yang perlu kita jalankan...Walaupun begitu masih lagi ada segelintir yang tidak mahu berzakat kerana takut akan jatuh miskin walhal sebaliknya yang akan berlaku apabila kita berzakat.

Firman Allah..

"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."

At-Taubah, ayat 103

So, kalau korang layak berzakat...pastikan korang buat ya.

Ini Sally nak war-warkan kepada mereka yang layak berzakat di sekitar Wilayah Persekutuan, tak kisahlah Labuan, Putrajaya mahupun Kuala Lumpur...Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen YEZ (Year End Zakat) bagi menggalakkan dan memudahkan masyarakat berzakat sebelum berakhir tahun 2018.


Kalau korang rasa susah nak bayar dekat kaunter ataupun susah nak cari Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP, Sally cadangkan korang bayar sahaja secara atas talian (online). Ada 16 buah bank yang menyediakan khidmat melalui perbankan Internet antaranya:

1. www.maybank2u.com.my
2. www.bankislam.com.my
3. www.ambank.com.my
4. www.cimbclicks.com.my
5. www.pbebank.com
6. www.rhb.com.my
7. www.ocbc.com.my
8. www.hsbc.com.my
9. www.posonline.com.my
10. www.hlisb.com.my
11. www.irakyat.com.my
12. www.affinonline.com
13. www.i-muamalat.com.my
14. www.agronet.com.my
15. www.mybsn.com.my
16. www.myeg.com.my

Ini lagi satu berita baik!

3,000 PEMBAYAR ZAKAT TERAWAL MELALUI PERBANKAN INTERNET BERPELUANG MENDAPAT DVD MP3 KOLEKSI HIMPUNAN CERAMAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN - Bermula 14 Disember (Jumaat) sehingga 28 Disember 2018 (Jumaat). Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.



Firman Allah SWT

" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "

Al-Baqarah, ayat 43

8 comments:

  1. Bagus sekarang ni dah boleh bayar online sebab dah ada bank yang jadi even lagi mudah sebab kita selalu guna online banking hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Wahh.. detail tak bayar zakat juga lagi tak tahu la nak kata apa kan Sally

    ReplyDelete
  3. mudah la skrg ni. guna online jer bayar

    ReplyDelete
  4. Bila dah makin mudah, harapnya masing-masing tak berbuat lupa atau buat alasan 'alamak, line takde la' hahaha

    ReplyDelete
  5. Sekarang semakin mudah, x perlu bg alasan kan..akak buat potongan gaji...senang...boleh claim income tax jugak

    ReplyDelete
  6. Senangnya nak berzakat sekarang.. Depan pc je dah boleh bayar.

    ReplyDelete
  7. Senang jadi orang wilayah ni sebab semua boleh buat online.

    ReplyDelete
  8. skarang dah mudah la. xde alasan xmo buat ke apa ke..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!