Saturday, December 1, 2018

Jom ke Karnival YEZ (YEAR END ZAKAT) PPZ-MAIWP hujung minggu ini!




Diam tak diam kita dah nak sampai ke penghujung tahun dah kan, selain daripada kita sibuk dengan persiapan anak-anak nak kembali ke sekolah, sibuk dengan perancangan nak bercuti sempena cuti sekolah, sibuk dengan kenduri kendara saudara mara terdekat yang nak mendirikan rumahtangga...Jangan lupa dengan kewajipan yang satu ni tau iaitu berzakat.

Tahun 2018 ini, PPZ- MAIWP membawakan kelainan dengan mengadakan Karnival YEZ (Year End Zakat) dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat di samping meningkatkan prospek pembayar zakat di sekitar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya).


Aktiviti cabutan bertuah

Sally sempat menjengah karnival pada hari pertama yang diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju dan excited gila sebab pelbagai acara dan aktiviti telah dirangka sepanjang karnival yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2018, daripada jam 9 pagi sehingga 9 malam. Antara acara yang sempat Sally hadiri pagi tadi ialah Liga Quran dan juga Majlis Pelancaran Bulan YEZ (YEAR END ZAKAT).

Bagi menghargai para pembayar zakat, korang yang datang ke karnival ini juga berpeluang memenangi cabutan bertuah, hadiah utama bernilai hampir RM2,500 dan ada 37 hadiah cabutan yang lain yang bernilai RM7,500 secara keseluruhan. Ada juga pelbagai aktiviti yang sesuai untuk anak-anak, so...kalau tak tau nak kemana cuti sekolah ini boleh la bawa anak-anak ke karnival ni, ada penampilan khas Omar dan Hana & Didi and Friends juga tau!



Malam ini ada konsert yang menampilkan Hijjaz, Raihan, Ali XPDC, Saujana, D'Vision, Raihan dan akan dihoskan oleh Shuk & Atu Zero. Hari esok (Ahad) pula akan ada penampilan khas Hafiz Hamidun dan juga Grand Forum Super Star yang akan dihoskan oleh Bell Ngasri.

Disini juga terdapat 90 booth jualan dari asnaf, dan jualan makanan, produk daripada pengusaha tempatan. Selain daripada itu ada juga aktiviti memanah, pertandingan azan, dan esok ada pertandingan MasterChef dengan kehadiran Chef Zubir.

Setiap pengunjung akan menerima kalendar khas 2019. *Selagi stok masih ada


Datuk Che Mat Che Ali (Pengerusi PPZ-MAIWP) bersama pemenang Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai-Oktober)

Selepas majlis perasmian tadi, pihak PPZ-MAIWP juga telah mengumumkan pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai-Oktober) dan juga pemenang bagi Kempen Jom Zakat @ zakat2u.com.my (Ogos-Oktober 2018). Hadiah telah ditaja oleh Five Estec Travel Services dan SeriGroup Global Sdn. Bhd.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan nak ke karnival ini dan masih ingin membayar zakat, korang boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my. Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

3 comments:

  1. Thanks for this sharing and information. Look like you all have a great day over there too. I will share it with my Muslim friends.

    ReplyDelete
  2. bagus pusat zakat buat event macam ni. boleh mendekatkan public dengan pusat zakat

    ReplyDelete
  3. Bagus ada karnival macam ni. Sejenis pendekatkan yang bagus untuk orang awam

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!