Sunday, December 23, 2018

Natural Pandan Leaf Extract Essence keluaran Bio Nutricia Extract, untuk masakan dan minuman.


Natural Pandan Leaf Extract Essence | Bio Nutricia Extract (GMP, HACCP, HALAL) Malaysia

Selalunya kalau nak gunakan daun pandan, kita mesti nak kena blend dengan air untuk mendapatkan warna dan air pandan itu sendiri, susah juga kalau nak buat kek atau kuih muih yang tidak memerlukan kita menggunakan air yang banyak...tapi kalau tak ada air, tak jadi la pulak nak blend kan?

Sebagai solusi kita akan menggunakan pati daun pandan yang tiruan, baunya ada tapi kadang tu kalau nak lebih rasa susah sebab kalau guna terlebih akan jadi pahit..mesti semua terfikir, kan best kalau ada ekstrak daun pandan yang diekstrak secara natural, yang sesuai untuk masakan dan minuman.


Beberapa minggu lepas Sally dapat Natural Pandan Leaf Extract Essence keluaran Bio Nutricia Extract, memang excited la kan terus buat donut perisa pandan...hehehe...selain daripada baunya yang harum, semerbak bau daun pandan...Rasa dia pun sangat asli...Kita tak rasa pahit atau payau, tapi warna dia warna asli daun pandan tau, kalau nak warna yang lebih terang boleh la guna pewarna...depends on citarasa korang la.


Sally selalu guna ekstrak yang tiruan, bau memang ada tapi bila rasa ada pelik sikit...tak original. Lepas ini Sally nak cuba buat kek atau Pandan Kaya pulak dengan ektrak daun pandan ni...eh kalau korang nak tau, satu sudu besar Natural Pandan Leaf Extract Essence keluaran Bio Nutricia Extract ini bersamaan dengan 7 helai daun pandan asli tau!


Natural Pandan Leaf Extract Essence keluaran Bio Nutricia Extract terdapat dua pilihan, satu untuk masakan dan satu lagi untuk minuman. Ekstrak ini yang pertama ada dalam Malaysia tau. Ekstrak untuk minuman pula, tinggi dengan antioksida, memberi tenaga dan menyejukkan badan...Mesti korang tak tau daun pandan ada ciri-ciri ini dalamnya kan?


Biasanya Sally akan campurkan dalam susu ataupun air suam, macam yang kat atas ini kebetulan ada masak air barli, jadinya letak la ekstrak pandan ini dalam campuran air barli tu....harum semerbak je baunya, sedap pun sedap...

Lebih baik kalau campurkan dalam air yang tak masam atau pahit, baru la rasa dia sebati dan boleh rasa pandannya. Satu cawan 250ml hanya perlu gunakan dua sudu teh sahaja.

Untuk belian, boleh ke pautan ini : https://bionutriciaextract.com/shop/
Website: bionutriciaextract.com
Facebook: facebook.com/pandanextract

8 comments:

  1. Kalau blend daun pandan mmg dpt rasa dan warna yg asli tapi kena banyak helai baru dpt ok. Hmm senang kalau ad yg dah siap mcm ni. Lbh cepat dan mudah

    ReplyDelete
  2. Wahhh senanglah nak masak atau buat kek yg guna daun pandan. 😍😍😍

    ReplyDelete
  3. dh senang dah sekarang. tak payah cari daun dan blend sendiri kan.

    ReplyDelete
  4. Kira boleh guna kalau nak buat kuih buah melaka ye Sally. Nanti nak carilah

    ReplyDelete
  5. Wah dh ada extract pandan.. Boleh buat kuih kek lepas ni.. Kalau dulu ada pewarna pandan shj..

    ReplyDelete
  6. Wah! thanks for the information. I am going to try to buy this coz later I plan to make pandan chiffon cake at home.

    ReplyDelete
  7. sapa rajin masak n buat kek ke kuih elok ni. xyah susah2 blend n perah pandan da =D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!